Tawaran Hebat

Lazada Malaysia

Khamis, Oktober 28, 2010

Resepi Ayam Masak Merah/Resepi Nasi Hujan Panas

Kali ni masak ayam masak merah yang simple ajer.  Sibuk buat kukis tak ikut resepi yang susah.  


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam potong 8
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
4 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
2 sudu besar madu
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak
garam
Cara-cara
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.  Tak yah garing.
2.  Kisar bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
4.  Masukkan cili kisar  dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
5.  Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
6.  Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
7.  Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
8.  Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.
9.  Hidangkan dengan nasi sedap (nasi beraini ker, nasi tomato ker)

 
Akak buat nasi hujan panas tapi tak letak colouring..ok gak kan..kita panggil nasi ni nasi hujan ajerlah sebab tak letak pewarna.  Janji sodap kannnnn
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
  • 6 cawan air-
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning dan merah- tak letak
Bahan Tumis
  • 1/2 inci halia - hiris halus (akak hiris  lebar)
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara Memasak:-
1.  Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. (tak buat pun)
 6.  Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. 

17 ulasan:

  1. kak ina :))

    sy dah emelkan no bank ke emel kak ina, harap2 tak kena sekat dengan Boxbe :)

    thanks yg byk buat kak ina dan para juri :)

    BalasPadam
  2. perghh....kak ina, cantik vantage tu, wati baru ada 1 set...hehe

    BalasPadam
  3. baru nak tegor pinggan santeek!^_6
    Takpe kak ina,SIMPLE tapi SEEEEEEDAP!





    nota kaki : Kukis da nak tinggal serdak...hehe.Macam nak ngoder lagik jerk!

    BalasPadam
  4. Resepi akak ni memang nampak sedap lar. Mungkin nak try minggu ni.
    Saya curi yer resepi akak macam biasa. heheheheehe....

    BalasPadam
  5. nasi hujan panas ni bukan yg warna-warni ke kak ina

    BalasPadam
  6. nasi hujan panas slalunyer orang pantai timur yg rajin masak bile kenduri..

    kak.. saya pun ada buat entry pasal pinggan vantage kak.. baru skang saya tau nape ramai orang gila gila sent vantage nih..

    BalasPadam
  7. Salam. Slamat pagiii K'Ina.. Sihat hdknye ari ye K'Ina :)

    mengundang selera btol ayam tu taw :)

    BalasPadam
  8. Sedapnya resepi Kak Ina..

    TQ share resipi.. :)

    BalasPadam
  9. kak inaa mmg terbaiklah..selalu update pasal menu

    BalasPadam
  10. hollaaa..

    tgk pic kak ina ni buat sy lapar.. huhuhu...

    tp nak buat malas.. apakah.. huhuhu

    BalasPadam
  11. minyak sapi brand ape akak pakai?!

    BalasPadam
  12. salam kak ina

    tmeksh kerana sd berkongsi resepi nasi ujan panas ni... (^_^) ~

    BalasPadam
  13. ina..terima kasih ye..nak cuba la buat nasi hujan panas ni..tapi cara macamana nak warna tu..
    izin kan ye ina..nak cuba resepi ayam masak merah ni..

    BalasPadam
  14. sedapnyee.. biler dpt rasse ne..adoi

    BalasPadam
  15. me selalu msk nasi minyak or nasi beriani ajer..tak pernh try buat nasi hujan panas sbb tak yakin nak letak kaler2 tu takut tak jadi :)
    ayam merah tu nampak sgt sedap :)

    BalasPadam
  16. whoaaa. mesti sedap.. tak penah makan nasik ujan panas

    BalasPadam
  17. nasi hujan panas kak, tak biasa dgr lah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...