OOO

Jumaat, September 05, 2014

Beriyani Kambing

Assalammualaikum semua
Orang kata makan daging kambing tak elok, tapi ada gak yang kat elok.  Resepi asal chef liza tapi akak ambik dari blog Mat Gebu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging ]-daging kambing
  • 4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan yogurt
  • 3 s/b tomato puree
  • 3 biji kentang potong kecil]
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar [belah 4]
  • 1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
  • garam


Bahan tumbuk 
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara 
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga daging lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

7 ulasan:

  1. saya tahu makan je kalau kambing ni..tiada keberanian untuk kendalikan kambing mentah lagi..resepi ni kalau ganti dengan daging boleh kan?

    kak ina, rempah beriani tu guna rempah apa yea? Ada cadangan rempah di pasaran ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ajer tuty. Akak selalu guna rempah faiza

      Padam
    2. Menarik ni. Hubby cukup suka kambing. Thnx Kak Ina

      Padam
  2. kak, yang ni memang akak buat tak berkuah ye...

    BalasPadam
  3. sedapnya....salu masak nasi arab je.
    boleh la cuba nasi beriyani pulak...

    WAJIB BACA ---> Cara Mengatasi Vagina Kering

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers