OOO

Isnin, September 08, 2014

Resepi Ketam Masam Manis

Assalammualaikum semua

Biasalah hari sabtu dan ahad cukup malas nak on laptop.

Ketam kat sini harganya lebih kurang cam kat sana, tapi kat sini beli 3 atau 4 ekor ajer sebab tak ramai. Kali ni masak masam manis, kadang kadang sos tomato, sos tiram dan sos cili tu kita kena imbang dengan selera kita.

Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam-bersihkan dan tos
  • 2 ulas bawang putih *
  • sedikit halia*
  • 1 sudu cili kisar
  • sedikit lada hitam*
  • 1/2 labu bawang besar -potong bulat
  • 4-5 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit air
  • minyak secukupnya
  • sedikit gula

Cara-cara
1. Tumbuk lumat bahan-bahan bertanda *.
2.  Lumur ketam dengan garam dan serbuk kunyit.
3.  Masukkan minyak dan goreng sehingga ketam separuh masak dan keluarkan.
4.  Keluarkan dan tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
5.  Masukkan cili kisar dan kacau lagi baru di masukkan semua sos dan air.
6.  Masukkan sedikit gula dan imbang rasa masam dan manis baru di masukkan ketam dan bawang besar.
7.  Jika nampak pekat boleh masukkan air lagi sedikit.  Angkat setelah puas hati dengan rasanya.

5 ulasan:

  1. alahai, nampak sedap kak..lama x makan ketam..huhu

    BalasPadam
  2. sedap jugak tengok ketam kak ina ni..hari tu ade balik kampung kt taiping.. dapat beli soft crab 2kilo.. ade dalam 18ekor..
    kiteorg duk pk la nak masak ape.. last2 wat celup tepong je,,,huhuhuh

    BalasPadam
  3. Selalunya buat goreng ketam sahaja. Ada rasa masam manis boleh layan.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...