OOO

Sabtu, September 13, 2014

Hi Tea-Women Gathering Rumah Blogger Roz Kitchen

Assalammualaikum semua

Duk kat sini memang rasa bosan sebab bila Imran dan suami tiada di rumah, nak buat cam mana kan. Redha ajerlah.

Bila Roz Kitchen jemput ke majlis hi tea, rasa gembira gak dapat pot pet..pot pet dengan orang Miri. Kira kali ke dua akak ke rumah beliau..masa kali pertama masih lagi dalam musim raya tahun lepas.

Pagi tu akak dan suami ke sekolah sebab kena ambik report card, gi makan dan balik dalam pukul 2.00 petang.  Onie temankan akak pergi ke rumah Roz sebab pertama kali beliau di jemput ke sana.
Macam biasalah Roz ni rajin masak memasak, baking membaking  dah ada bermacam-macam juadah yang sedap di meja.  Rakan-rakan yang ada yang akak pernah jumpa dan tak pernah jumpa membawa pelbagai makanan yang enak..malulah pulak akak tak bawak apa-apa.
puding
kek lumut
Onie ni dah lama duduk kat sini, kira dah terrorlah pasal Miri, tak sangka pulak beliau ialah kakak kepada rakan setugas di Jabatan Perpaduan Negara. Pernah jumpa juga dulu masa bekerja tapi akak tak berapa ingat sangat.

sushi..akak tak gemar tapi bila dah 
makan rasa sedaplah pulak

Mee belacan..tak pernah jumpa kat Semenanjung, dapat gak merasa masakan orang sini.  Ada pelbagai juadah lagi tapi tak sempat nak snap.  
Terima kepada teman-teman di sini, maaf jika ada tersilap kata dan kelakuan.






3 ulasan:

  1. Macam-macam disediakan oleh tuan rumah untuk meraikan tetamu.

    BalasPadam
  2. Terima-kasih KakIna sudi join kita orang. Tak puas nak sembang2 sebab sekejap sangat kan KakIna. Takpa KakIna, Along ajak ikhlas tak harap apa2, yang ada pun lebih dari cukup... KakIna datang pun dah best dapat bergaul dgn orang Miri. Sorry kalau ada terkurang layanan sbb tuan rumah macam lipas kudung hari tu.... hehe.

    BalasPadam
  3. Oh,sushi...mesti seddap..x pernah pegi rumah org yg hidangkan sushi.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...