Rabu, September 24, 2014

Ikan Sambal Hijau

Assalammualaikum semua


Sekali sekali layan sambal cili hijau ni memang sodap.  Akak makan dengan nasi panas dan buat sup sayur.  Ikan yang selalau akak buat selalunya ikan keli, talapia, ikan parang ataupun ikan pelaling. Resepi ni untuk 2-4 ekor ikan.  Kalau nak banyak sambal bolehlah di gandakan semua bahan.

Bahan-bahan
6 batang cili hijau
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit garam dan gula
Sedikit jus limau kasturi
Minyak secukupnya

Cara-caranya
1.  Tumbuk ataupun kisar cili hijau, tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih.
2.  Bersihkan ikan dan lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
3.  Goreng ikan dan toskan.
4.  Tinggalkan sedikit minyak dan tumis dahulu bahan yang telah di tumbuk sehingga wangi.
5.  Masukkan cili hijau dan masak sehingga naik minyak.
6.  Masukkan garam dan sedikit gula dan masak sehingga cili masak.
7.  Masukkan jus limau dan rasa baru di tuang atas ikan goreng tadi.
8.  Sedia di hidangkan bersama nasi panas.

4 ulasan:

  1. maksudnya x pedas sgt ek kak..boleh la kot budak2 nk makan

    BalasPadam
  2. macam kari hijau pula...
    kena cuba ni...
    ehehhhee

    BalasPadam
  3. jarang nampak lah ikan cili hijau, popular kat negeri mana tu?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers