OOO

Selasa, September 23, 2014

Apam Johol Daun Rambai

Assalammualaikum semua

Akak pertama terjumpa apam johol ni kat Hari Kraf Kebangsaan, tertariklah pulak tenguk apam yang dibungkus dengan daun rambai ni.  Apam ini menjadi identiti masyarakat Johol Negeri Sembilan.
Kecik molek rupanya, baunya memang menggiurkan di sebabkan haruman daun rambai yang menjadi pembalutnya  dan caranya memasaknya  adalah dengan cara mengukus.  
kredit : kosmo
Proses membuat apam itu tidaklah begitu rumit seperti disangka tetapi memerlukan kesabaran dan seni apabila memotong daun rambai tersebut. Ini bagi memastikan kuih yang dikukus nampak cantik serta berkualiti.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati seperti tepung gandum, gula merah, gula pasir, ibu roti, daun rambai dan bahan 'rahsia,

Apam Johol ini istimewa kerana ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi kini diperluaskan kepada hidangan sampingan menggantikan pulut dalam campuran cendol.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina...

    Pekabo? Harap akak sekeluarga sihat-sihat je.

    Jangan tak tahu.... daun rambai pun kita tak kenal yang mana satu.... hehehe

    BalasPadam
  2. Pertama kali melihat kuih tradisional dari negeri Sembilan ini.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...