OOO

Jumaat, September 26, 2014

Resepi Potato Fritters/Cucur Kentang

Assalammualaikum semua

Jangan tak tau, potato fritters aka cucur kentang ni dah jadi fenomena buat blogger masakan kat fb.


Ramai yang dah terjangkit kena Virus R nak buat, akak pun terjangkit sama.

Sumber dari Puan Noraida Durani, terima kasih sudi berkongsi resepi, kat resepi asal ada guna aji no moto tapi akak tak letak.  Terpulang pada diri masing-masing yer.


Bahan-Bahan
3 biji kentang (sagat halus,
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar
 tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup

1/3 bawang besar-hiris panjang-akak tambah
Serbuk Lada sulah
Garam dan sedikit gula 

Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-caranya
1. Satukan kentang yang telah disagat, hirisan bawang dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula dan gaul sebati
2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak-agak  leper....balik-balikkan dan tunggu sampai masak/kekuningan,... angkat.... Ok dah siap
3. Sedap dimakan bersama sos

11 ulasan:

  1. Thanks for sharing Kak Ina. Relaxlah ajinomoto buat dari ubi kayu... heheheh

    BalasPadam
  2. dah jadi fenomena. ramai dah berjangkit utk mencubanya

    BalasPadam
  3. Dh jadi fenomena rupanya. Jejemput kentang ni.kawan2 sy suka campur karot..sedap jugak...yummu yummy

    BalasPadam
  4. owh mmg nmpk sedap...ada jugak yg ltk udang kecil buangkn kulitnya... tq share resipi

    BalasPadam
  5. Kalau dah jadi fenomena mesti sedap ni,nanti nak cuba juga la.tq kak share resepi.

    jemput ke blog saya ya kak.
    http://www.zaizamrichvitashop.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Satu lagi saya suka makan bunga kobis goreng.

    BalasPadam
  7. dulu mak selalu gak buat.

    sekarang nih..dok jauh. terpaksalah paksa bini buatkan. hoho..

    BalasPadam
  8. Tapi tak rangupla..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena leperkah baru di goreng jangan buat cam cekodok

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers