OOO

Khamis, Oktober 23, 2014

Borneo Tropical Rainforest Resort Miri (Hari Pertama)

Assalammualaikum

Bila anak dan mak nak datang ke Miri, terasa amatlah gembiranya, al maklumlah kat sini mana ada saudara mara.
Mak memang agak rapat dengan akak, bila akak pindah ke sini, mak rasa sedih  terutama selepas arwah abah meninggal tapi nak buat camner kan.
Akak memang teringin nak gi kesini, tapi suami kata gi bertiga tak best, tunggu anak-anak datang barulah terasa kemeriahan dan keriuhan dek gelagat anak-anak tersayang
Borneo Tropical Rainforest Resort  yang terletak 36km dari Miri.  Oleh sebab jalan cuma satu lane, 
memang ambik masa 1 jam gaklah nak ke sini
 
Jalan nak masuk ke dalam tak berturap tapi bila lagi 1km ke dalam jalan dah ok, tapi jalannya
memang adventurelah.  Nak masuk ke pun ada guard jaga kat depan, kena tunggu bukti kita memang ada buat tempahan nak bermalam di sini. 
Kami ambil calet atas air kat belakang mak akak, bilik kat chalet ni bawah 2 bilik, atas 2 bilik.  

Puas hati sebab bilik luas dan cukup untuk 3 orang tidur,  Memang rasa cam duduk dalam hutan bila malam.  Takut gak kalau seorang bila dengar pelbagai bunyi unggas.  
Masa pegi ni menantu tengah mengandung, akak lambat sangat buat N3.
nak ke kolam
kolam untuk kanak kanak riang

Suka mak dapat datang jumpa anak tersayang :)
Macam biasalah bila dah sampai tempat ada kolam renang, memang anak-anak tak sabar nak mandi manda.
Tiada yang membahagiakan hati ibubapa bila dapat melihat anak-anak di depan mata setelah tinggal berjauhan
Yang tak mandi mana pi lagi, kitaorang 
menikmati alam sekeliling 
menantu dan mak
lama gak mereka berendam termasuk suami akak
Walaupun se havoc cam tempat mandi manda yang 
kami pernah pergi di Semenanjung, 

kira ok lah gak nak lepaskan tension 
 Dahlah tu..jom balik
mak tersayang...dah lama mak tak dapat gi bercuti sebab jaga arwah yang tak sehat

Memang di sini kena ambil pakej makan malam dan sarapan pagi sebab nak keluar ke jalan besar memang agak jauh, dahlah hutan banat..kang jumpa momok lagi haru

ramai yang tanya mak akak ni apasallah tengah malam pun pakai gak cermin mata hitam. Kena pakai sebab mata mak silau bila kena cahaya, semua terjadi selepas mak buat pembedahan mata kat Hospital Selayang.  Kesian mak, masa buat kat Hospital Mata Hussein Onn Petaling Jaya taklah teruk camni.
Lepas makan malam, semua lepak kat lobby, sebab wifi laju sikit, kat chalet macam siput.

Nanti akak pot pet lagi yer

6 ulasan:

  1. Dah banyak kali ke Miri untuk tugas resmi tapi belum kembara hingga luar bandaraya Miri. Insyaallah dapat juga ke sini dan juga Mulu satu hari nanti. www.my-kembara.com

    BalasPadam
  2. bestnye..ibu twins suke travel kak..
    tapi belum berkesempatan nak ke s/s..

    BalasPadam
  3. Suasana yang lain dari lain. Berbeza pengalaman di Semenanjung.

    BalasPadam
  4. macam2 ada kat msia nie kan. kena explore n baca perkongsian mcm nie baru tau kewujudannya. hehe..mekasih kak ina.

    BalasPadam
  5. dah lama tak main gelongsor air tu..

    BalasPadam
  6. nak masuk waterpark semua tu berapa ringgit eh? cambest je chalet tu. kena tgk review ni. hihi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers