Assalammualaikum semua
Selalu buat lempeng, akak buh air dan garam jer, ataupun campur dengan kelapa parut. Tapi kali ni try pulak buh susu cair..memang lembut tau. Cara nak buat lempeng cam buat dadar kulit ketayap gak.
Kebetulan ada lebihan sambal lokan.
Resepi lempeng susu ni akak ambil dari blog chef jejaka yang orang nak sangat tenguk muka dia tu..sape lagi kalau bukan Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 camca teh serbuk bawang (onion powder), optional-akak tak letak
Garam secukup rasa
Sambal tumis untuk mencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 di atas kecuali garam dan sambal tumis. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa (che mat tak guna baking powder untuk resipi ini). Tapis dan rehatkan adunan sebentar...
- Panaskan non-stick pan (che mat guna pan saiz 9 inci), lenser dengan minyak makan. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendeng2kan pan, agak adunan merata. Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari pan, terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan..
- Hidangkan bersama sambal tumis atau apa saja yang anda suka. Banyak mana anda dapat bergantung pada saiz pan yang anda guna..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda nak ganti susu cair dengan susu segar pun boleh atau ganti dengan santan. Kalau guna santan kotak, anda guna 1/4 cawan sahaja dan selebihnya guna air. Kacau rata2 dan tapis adunan tadi. Serbuk bawang tu anda boleh di Tesco dan pasaraya2 besar... Selamat mencuba!!
Aduhai memang ngam dengan sambal tumis sekali disediakan. :)
BalasPadamresepi simple, nak cuba jugak lah! :)
BalasPadamsiap ada cawan bentuk love lagi tu.
BalasPadamtengok lempeng lembut macam nie mesti teringat rumah mak. kecik2 dulu selalu makan. bila dh jadi mak orang nie lbh kerap buat pancake gebu tue berbanding lempeng. heheh.
BalasPadamcamne lempeng bentuk comel camni lak..kang esok resepi lempeng ni..simple tapi sedappp
BalasPadamAssalam Singgah tahun baru
BalasPadamJumpa lempeng susu, aiii sedap nmpak petang2 makan dengan teh o panas mengancam nii..
sedapnye..leh ler zaza buat bila resepi dah ada hehe..tq kak
BalasPadamPerlu dicoba resep lempeng susu lembut ini..sepertinya di Indonesia belum ada semacam ini
BalasPadamwah belum pernah rasakan tuh makanan
BalasPadamPergh ni memang faveret masa kecik2 dulu nenek biase buat cicah sambal tumis memang habis licin ni. Hehe terbaik
BalasPadamlempeng oh lempeng :)
BalasPadam