OOO

Rabu, Oktober 08, 2014

Cara Buat Ayam Bakar

Assalammualaikum semua
Sekarang ni akak lebih suka bakar ayam dalam oven, selain dari baik untuk kesihatan masak cara camni memudahkan akak.  Tapi kena perap lama baru sedap, selain dari guna kepak ayam boleh gak guna bahagian yang lain.

Bahan-bahan
8 kepak ayam
1 sudu kecil gula perang/madu
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan manis
sedikit serbuk jintan putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit daun persley kering
3 biji ubi kentang usa-potong 8
sedikit baby carrot
1 biji bawang holland-hiris bulat

Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang  merah, bawang putih dan halia.
  2. Bersihkan kepak ayam dan toskan.
  3. Masukkan semua bahan dan gaul rata,
  4. Perap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
  5. Masukkan ubi kentang, bawang holland  dan baby carrot kedalam tray yang telah di sapu minyak bersama ayam yang telah di perap dan gaul baru di bakar.
  6. Bakar dalam suhu 200C selama 30-40 minit.
  7. Bila dah masukkan letakkan tray kat atas dan bakar lagi 5 minit.
  8. Bolehlah di hidangkan.

6 ulasan:

  1. Cantiknya kejadian ayam bakar dalam pinggan tu.... bila tengok gambar bawah teringat pulak ayam panggang rosemary...sedapnya!

    BalasPadam
  2. Anak saya kebetulan juga menyukai ayam bakar, jadi biar istri simpan dan praktekkah menudan cara buat ayam bakar macam ini

    BalasPadam
  3. saya kdng malas nak keluarkan oven...guna pemanggang ajaib aje..huhu

    BalasPadam
  4. Dapat pula kuah lemon memang terangkat. :-)

    BalasPadam
  5. sedapnye ayam bakar,,suka bakar2 atau panggang ni

    BalasPadam
  6. terima kasih banyak share resepi ayam bakar nie. memang cepat n mudah nak sediakan..rasa pun sedap. ^_^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers