Jumaat, Oktober 03, 2014

Cucu Pertamaku Nur Humaira Rizqah

Assalammualaikum
Kami sekeluarga mengucapkan rasa syukur kepadanya dan anak lelaki serta menantu kami di atas kelahiran cahaya mata pertama mereka pada  20hb. Ogos 2014 (Rabu) jam 2.20 petang bulan lepas.
Tahniah kami ucapkan, semuga puteri  yang baru lahir ini akan membesar sebagai seorang anak yang soleheh di dalam ummah ini, penerus kepada perjuangan memartabatkan Islam insya-Allah. 
Kami semua mendoakan:
“Barakallahu laka fil mauhub, wa syakarta al wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.”
Maksudnya: Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.
Nur Humaira Rizqah binti Muhammad Russhdi 

Semuga menjadi muslimin yang solehah, cerdas
dan menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara 
Doa yang boleh dibaca setiap saat agar anak-anak kita terhindar dari gangguan jin, binatang dan dan mata jahat manusia, adalah:

اِنىِّ أَعِيْذُكَ بِكَلِمَاةِ اللهِ التّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ. رواه البخارى

Innï u’ïdzuka bi kalimäti-l-lähi-t-tämmati min kulli syaithänin wa hämmatin wa min kulli ‘ainin lämmatin.
Artinya: Sesungguhnya aku memperlindungkan kepada-Mu (anak ini) dengan kalimat-kalimat Allah yang Sempurna, dari segala gangguan syaitan dan gangguan binatang, serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya.

Humairah dah di cukur oleh abi dia pada hari ke tujuh.  Kiranya dialah cicit pertama mak dalam keluarga arwah abah, apakan daya abah tak sempat jumpa dengan cicit pertama.  Al fatihah

22 ulasan:

  1. tahniah kak...comel sgt..ni mcm muka ayah dia byk ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak perempuan kalau ikut muka ayah dia orang tua tua kata sejuk kan amirah

      Padam
  2. Alhamdulillah...naik pangkat kak ina jadi wan ina.hehe

    BalasPadam
  3. Tahniah...
    ni panggil nenek ke wan ke grandma ni? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut orang negeri sembilan/melaka panggil uwann atau wan

      Padam
  4. Tahniah...semoga sentiasa bahagia hendaknya

    BalasPadam
  5. Dahinya luas. Bijak bila besar nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya allah akubiomed muga masinlah mulut kamu

      Padam
  6. Tahniah...dan semoga menjadi cucu yang sholeh aamiin

    BalasPadam
  7. Tahniah Kak Ina....dah jd nenek skrg ya..comel sungguh cucunya...

    BalasPadam
  8. Akhirnya dapat juga tengok cucu akak tau...Tahniah sekali lg utk Kak Ina. (^_^)

    BalasPadam
  9. Tahniah kak .. :) nama anak saya Humaira .. sedap kan nama tu.

    BalasPadam
  10. tahniah kak ina sekeluarga. kak ina dah naik pangkat....
    wajahnya seiras suami kak ina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh iyer ker nieda ada iras hb akak..sukanya

      Padam
  11. Suukur dan tahniah.
    Amboiiii onyang ker tu yang pakai spek 60-an. Bergaya segak. Hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. onyang ada masalah mata azieazah tu sebab kena pakai cermin mata hitam

      Padam
  12. Tahniah k ina..comei nyerrr baby humairah.. al fatihah buat abah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers