Satu siri pendidikan hiburan dengan karakter animasi 3D dan aksi secara langsung akan di siarkan di Astro Ceria (Saluran 611) dan Astro Maya HD (Saluran 135)
Big Fish Media telah mempersembahkan pendidikan hiburan dan keashikan pembelajaran untuk kanak-kanak iaitu ChiChi dan ChaCha bermula pada 11 Oktober ini yang akan di tayangkan pada setiap Sabtu pukul 10.30 pagi.
Setiap episod akan ditayangkan 3 kali sehari bermula pada hari Isnin hingga Jumaat yang berdurasi selama 30 minit.
Hadzelynda Khairuddin, Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja sentiasa merentas dan mendobrak gelombang baru genre hiburan dalam pendidikan kanak-kanak di Malaysia
Chichi & Chacha adalah satu rancangan unik di
Malaysia dan semestinya ia adalah penambahan yang mantap kepada
rancangan-rancangan yang sedia ada di Astro Ceria.”
Menampilkan Hos TV yang sentiasa peka dan bertenaga,
ChiChi & ChaCha memasukkan pelbagai medium seperti nyanyian, tarian, musik
dan juga animasi 3D untuk mencipta persekitaran belajar sambil berhibur.
Keletah ChiChi & ChaCha yang menghiburkan
akan menjadi ikon dan idola kepada kanak-kanak dalam membesar dan belajar bersamanya
Big Fish
Media menyasarkan untuk menjadi Nombor 1 dalam mencipta projek transmedia bagi
sektor pendididikan berkonsep hiburan di Malaysia dan seantero dunia.
Chichi & Chacha adalah aset intelektual Big Fish
Media, satu gabungan hebat antara Educate 2 Learn (e2L) dan Kyanite TV. Gabungan antara Kyanite TV dan e2L adalah satu
langkah ideal dalam kembara-jaya pendidikan hiburan Malaysia yang seterusnya.
Kata Jojo Struys, Pengurus Eksekutif Big Fish Media, “Ini
hanyalah permulaan bagi Big Fish Media; Kami sekarang dalam penerokaan mencari
inti yang unik dan lain dari yang lain untuk membentuk generasi yang akan datang
bagi pendidikan berkonsep hiburan ini. Pra-Produksi bagi ChiChi & ChaCha juga
telah berada dalam pembikinan musim ke 2.”
Syarikat ini juga telah menjalin
usahasama dengan Rumah Penerbitan Karangkraf untuk menghasilkan buku latihan
dan siri novel Grafik ChiChi & ChaCha.
Kamil Othman, Timbalan Pengurus Multimedia Development
Corporation (MDeC) bangga untuk menjadi tulang belakang utama kepada kejayaan
Big Fish Media ini
Dibintangi oleh 5 selebriti remaja dan juga karakter animasi 3D yang hidup di hutan penuh magika.Jangan lupa bagitau anak-anak supaya menonton ChiChi & ChaCha di Astro Ceria, bermula 11 Oktober 2014 jam 10.30 pagi ya!
For more details, click on the links below to find out.
https://www.facebook.com/chichiandchacha
http://www.chichiandchacha.com/
http://instagram.com/chichidanchacha (@chichidanchacha)
https://twitter.com/chichidanchacha (@chichidanchacha)
Hashtags: #ChiChidanChaCha #ChiChidanChaChaMY #AstroCeria #BigFishMedia
Jom layan dulu video ChiChi & ChaCha
English Version: http://youtu.be/Vu_tVsD8h3E
BM Version: http://youtu.be/mtznSLJqkEk
Chichi & Chacha Dancing: http://youtu.be/8m8QbY7mj54
Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=TYGHqqX4zNw
Ada juga bbrp kali tgk iklan chichi dan chacha ni di Astro.. Belum mula lg rupanya ya?
BalasPadamHa,ah lah kan��
PadamTak sabar nk chichi dan chacha.11 okt, kan...hati sabtu jam 10.30am
BalasPadamOhhhhhh boru saya tahu�� �� �� �� ���� �� �� �� ��
PadamNampak macam menarik. Boleh tonton bersama anak. :)
BalasPadamHa,ah lah kan☺😊
PadamAcara film kartun untuk anak memang diperlukan untuk anak anak kita selama tayangan tersebut mengandung unsur pendidikan pula
BalasPadamYe tak ye lah kan☺😊
Padam