OOO

Khamis, November 20, 2014

RESEPI BROWNIES MUDAH

Assalammualaikum

Demi nak menghabiskan stok barangan dalam kabinet akak suruh Yana buat brownies.
Resepi akak ambil dari blog Hana sebab bahan yang itu ajer ada kat blog Hana, Yana  tukar gula perang sebab tak suka manis.  

Oleh sebab walnut banyak, akak suruh Yana taburkan walnut atas adunan tapi nak potong payahlah pulak sehingga jadi senget benget.  Adunan ni dapat sikit ajer dan kena guna bekas yang kecil untuk di bakar.

Bahan-bahan


  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang (akak buh walnut yang di panggang)

Cara-cara


  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - (akak sapu loyang dengan butter pastu tabur tepung)
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30 minit.

12 ulasan:

  1. boleh try resepi ni... tq aunty

    BalasPadam
  2. brownies memang best,,senang nk buat utk hidang pada tetamu.. ^_^

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan. Tq share resipi mudah ni.

    Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Sedap dan gebu brownies ni, nak cuba le resepi ni.

    BalasPadam
  5. Sedap. Saya dah try buat..

    BalasPadam
  6. Xyah masuk mixer ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adunan ni sikit jer, tak berbaloi guna mixer. Guna senduk ajer pun boleh

      Padam
  7. Bakar guna api bawah aje or api atas bawah

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers