Rabu, Disember 03, 2014

Itik Salai Masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum semua

Akak selalu gak beli itik salai kat jalan nak gi ke Kuala Pilah, beli gak ikan keli, daging dan burung puyuh salai.

Bahan-bahan
  • 1 ekor itik - di potong 12
    2  batang serai, diketuk
  • 500gm santan pekat
  • 400gm air
    1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit-dicarik-carik
  • 2 biji ubi kentang-di buang kulit dan di potong 6 setiap satu
  • Garam  
Bahan tumbuk/kisar (lagi sedap di tumbuk)
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
Cara-cara
1.  Itik dah siap salai takyah dibersihkan..terus masukkan dalam periuk.
2.  Tumbuk lumat cili api bersama bahan lain dan masukkan bersama-sama itik tadi.
3.  Titikan hujung serai dan masukkan kedalam periuk. 
4.  Masukkan santan pekat dan air dan hidupkan api sederhana dan kacau sehingga santan mendidih.
5.  Bila mendidih, masukkan pula ubi kentang dan tunggu sehingga ubi kentang empuk.
6.  Bila empuk perisakan dengan garam dan masukkan daun kunyit.
7.  Biarkan sebentar dan barulah dipadamkan api.

4 ulasan:

  1. Salam perkenalan kak ina,
    sedapnya tengok pepagi ni itik salai masak lemak cili api kak ina ni... terasa lapar pulak perut ni :)

    BalasPadam
  2. biasa kalau nk makan itik balik umh mertua hehe xpayah beli sb ayah ada bela itik.

    BalasPadam
  3. Sodap nya, nk kena cuba makan ni. Itik salai pon sodap gak ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers