OOO

Isnin, Disember 01, 2014

Resepi Bubur Pulut Hitam

Assalammualaikum semua

Beli pulut hitam ni kat Lawas, suami teringin nak makan.  


Akak selalu buat bubur pulut hitam agak agak jer, tapi nak senang bila anak-anak nak rujuk akak ambil resepi dari blog Nennie.

BAHAN-BAHAN :

1 cawan pulut hitam
3/4  cawan gula pasir - boleh tambah
2 cawan santan - boleh tambah
secubit dua garam - boleh tambah
2 helai daun pandan - disimpul

CARA MEMASAK :

Bersihkan pulut hitam dan rendam dulu pulut selama 3 jam . Kemudian rebus pulut hitam dengan air secukupnya sehingga kembang pastikan pulut dikacau supaya masak sekata . 

Bila pulut dah kembang dan air rebusan menjadi sangat sedikit boleh lah dimasukkan semua santan , gula pasir , daun pandan , secubit garam . Jika kurang kuah boleh ditambah santan lagi dan jika suka manis tambah lagi gula - semuanya ikut citarasa kita .

Biarkan bubur masak serta mendidih , sekali -sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .Sediakan 1 mangkuk kecil pati santan yang sudah dicampur secubit garam . Ceduk bubur pulut hitam ni ke dalam mangkuk yang sesuai dan ceduk sesudu besar pati santan ke atas pemukaan bubur sebelum makan .


4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...