OOO

Isnin, Januari 19, 2015

28 November 2014 (Jumaat)

Assalammualaikum

Biar lambat buat N3, dari tiada langsung kan, kenangan terindah bila anak perempuan kita di lamar takkan tak nak buat N3 kat blog.

Tentu ada pembaca blog akak yang dah mengikuti kisah Yana dari semenjak beliau remaja lagi sehinggalah melanjutkan pelajaran di luar negara dan baru sahaja membawa pulang ijazah yang di idam idamkan.

Persediaan di mulakan sejak dari bulan Jun lagi, selepas Yana di risik.  Al maklumlah nak buat kenduri ni memang banyak yang perlu di perhatikan terutama belah perempuan.  Suami akak memang serahkan kat akak, kali ni kami ambil gak katering yang sama.

Orang perempuan banyak sangat nak di buat, kalau ikut suami akak dia nak buat secara kecil kecilan jer tapi akak bisinglah, mana boleh.  Masa anak lelaki senang ajer, cuma buat majlis makan sehari ajer.

Kalau belah perempuan, nak prepare dari nikah sehinggalah hari makan makan, suami akak tak nak buat kat masjid, dia nak buat kat rumah ajer.  Yana ni di risik pada bulan Jun, masa cuti sekolah tahun lepas, masa tu akak baru sampai dari Miri.

Kalau ikutkan akak tak nak lepaskan dulu, tapi kata suami kalau ada orang hendak dan Yana dah setuju teruskan ajerlah.

Lagipun mereka dah lama sangat berkawan sejak dari masa ambil A level.

Oleh sebab Yana anak perempuan sulung akak, teringin gak nak adakan majlis bertunang, biasalah mak kan.  
akak suruh cucu  akak interframe gak
Lepas solat Jumaat, buat sikit majlis sarung cincin, pada mulanya Yana nak pakai baju masa akak nikah sepasang.  Sayangnya gambar masa bertunang tak ada dalam simpanan akak sebab sarung cincin buat dalam bilik Yana.
5 Januari 1986 masa lepas nikah

Tapi disebabkan baju tu jarang kat lengan dan kat dada, nak ubahsuai susah akak suruh dia buat baju ajer, kain guna akak punya. Oklah kan sekurang-kurangnya ada gak nostalgia baju nikah akak tu

Tempat ambik gambar, Yana tak nak tepung tawar dan berinai..ikut ajerlah kan

selepas asar dengan sekali lafaz, termaterilah 
ikatan cinta mereka berdua dan menjadi 
pasangan suami isteri

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

8 ulasan:

  1. Memang mencetus kenangan kerana pakai baju nikah ibunya adalah satu penghormatan.

    BalasPadam
  2. Tahniah Yana...tahniah juga buat akak, menerima seorg lagi menantu..ehh, sekarang Yana bertugas kat mana ye..

    BalasPadam
  3. tahniah yana dan suami..selamat pengantin baru

    BalasPadam
  4. tahniah akak dpt menantu.. dan selamat pengantin baru yana dan suami..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Selamat pun majlis Yana. Bagus kalau dia sendiri yg tanak tepung tawar dan bersanding tu. Tahniah ye kak ina.

    BalasPadam
  6. Alhamdullilah...dah 2 menantu kak ina ^_^. Tahniah kak...tahniah yana. Semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.
    cantek slim akak dulu2. mesti macam amoi kan ;) hehe..

    BalasPadam
  7. Alhamdullilah... tahniah akak dah dapat dua orang ahli baru dalam rumah... anak sulung dah ada anak ker? memang pengurusan perkahwinan sebelah perempuan selalunya lebih grand dari lelaki... tahniah sekali lagi

    BalasPadam
  8. alhamdulillah selamat semuanya...tahniah untuk Yana..tahniah untuk akak juga

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers