OOO

Jumaat, Januari 16, 2015

Resepi Laksa Asam

Assalammualaikum
Akak suka makan laksa asam, kadang-kadang hangat sampai 2 hari.  Masa heboh kat semenanjung bunga kantan mahal, kat Miri harga masih macam dulu gak, satu ikat ada 3 batang baru RM2.00 tapi ada gak yang jual RM1.00 satu..kira ok lah kan.


Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa (500gm)
  • 1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan
  • 2 biji bawang besar - dikupas
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
  • 3 batang bunga kantan - dibelah dua
  • 2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
  • 2 keping asam gelugor
  • jus asam jawa-bergantung kepada tahap kemasaman yang diingin
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Bahan untuk hiasan
  • timun - dihiris halus
  • cili merah - dipotong
  • bawang besar - dipotong bulat-
  • daun salad - dipotong halus
  • bunga kantan-dihiris tipis
  • limau kasturi
  • daun selom
  • bawang besar di hiris memanjang

Cara memasak
1.  Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2.  Ikan kembung direbus dan dicampur dengan asam keping bersama sedikit air dan masukkan garam ke dalam air sehingga mendidih. 
3.  Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar. 
4.  Bawang besar, cili giling , bawang kecil dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
5. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
6. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
7. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih. Masukkan air asam jawa secukupnya.
8. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi. 
9. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.  Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

6 ulasan:

  1. Wow sedap kak. Ada rasa masam-masam. :)

    BalasPadam
  2. sy suka laksa yg banyak asam keping :D sbb suka ratah asam keping tu sendiri

    BalasPadam
  3. laksa asam emmang sedap..kegemaran sejak kecik. sekarang dah tambah laksam masuk dalam list. hehe

    BalasPadam
  4. singgah sini..mintak copy resipi..
    jemput blogwalking tmpat sy =)

    BalasPadam
  5. Memang sedap ni, wife saya suka masak laksa perlis. Kena buh kicap skit kalu nak sedap.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...