OOO

Khamis, Januari 29, 2015

Resepi Ikan Tiga Rasa

Assalammualaikum


Ikan tiga rasa kalau nak sedap akak selalu guna ikan siakap ataupun ikan bawal.  Dan selalu akak buh sos ikan.

Resepi Asal: Chef Norzailina
Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camca minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya
    sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung
    minyak yang banyak
Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut-tak letak
  • 4 - 5 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • akak tambah 1 batang daun ketumbar-separuh di racik dan separuh untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum-tambah sos cili
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis (guna limau kasturi)
  • 1 1/2 cam. teh kicap manis
  • sedikit sos ikan
Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan perap sekejap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam. Bilas dan toskan.
  2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan kemudian lumurkan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak
  3. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  4. Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata . Masukkan gula, bawang besar, batang saderi, sos ikan, daun ketumbar dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Rasa dulu sebelum di tuang ke atas ikan.
  5. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama-sama nasi panas.

5 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...