OOO

Selasa, Februari 24, 2015

Mee Goreng Basah Sedap

Assalammualaikum semua

Teringin nak goreng mee, kat sini jarang goreng mee sebab makan berdua sajer, Imran bukan nak sarapan pagi pun.
Pernah gak beli kat sini, tapi rasanya kurang umpphh, resepi ni akak ambil dari blog Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g mee kuning
1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2-tak letak
Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
2 pokok sawi
1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh cuka makan-tukar ke jus limau kasturi
2 biji telur, dikocok sedikit
2 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
Kicap cair secukupnya
Air rebusan kulit udang secukupnya
Hirisan daun sup#
Bawang goreng#
Hirisan cili merah#-tak letak
Hirisan tomato
Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)-tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
  3. Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
  4. Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....

3 ulasan:

  1. Wah sedapnya. Dapat pula hirisan telur dadah. :)

    BalasPadam
  2. Dah lama saya tak masak mee sendiri ... rasa cam dah hilang skill dah .. dulu, rajin la buat mee goreng basah, mee goreng mamak, mee goreng sambal ... skang sbb wife tak layan sangat mee .. malas la pulak.

    BalasPadam
  3. Nak sedap lagi tambah, kuah sate jadi mee goreng mamak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers