Rabu, Februari 04, 2015

Rendang Udang Galah

Assalammualaikum
Udang galah ni dah masak lemak cili api, kali ni akak masak pula rendang udang.


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan-akak gunakan udang galah 
* 1 senduk cili kisar
* 1 biji bawang besar *
* 4 ulas bawang putih *
* 2 hiris halia *
* 4 sb serbuk rempah kari
* 2 batang serai - dititik 
* 2 lembar daun kari - dipetik-petik
* 1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
* 3 sudu penuh kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* 1 keping asam gelugur atau sedikit air asam jawa
* minyak utk menumis

Cara-cara

1. Kisar bahan-nahan yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari. 2.Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik.
4. Gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.
5. Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.
6. Masukkan garam dan rasa dulu baru di matikan api dan siap utk disajikan.

8 ulasan:

  1. yummm... sedapnyer kak ina.... dh lama x makan udang galah...

    BalasPadam
  2. emmmmm dapnyaaa ... tak cukup seekor tu :)

    BalasPadam
  3. udang galah..sedap ye..

    thanks sharing recipe kak :)

    BalasPadam
  4. pergh ! sedapnya kak.. zaza tak pernah lgi masak udang rendang.

    BalasPadam
  5. Elok sahaja udang duduk diatas pinggan. :)

    BalasPadam
  6. sedapnyaa..! terliur teruss,, hikhikhik..

    BalasPadam
  7. Hmmm sedapnya, xpernah lagi makan kalu rendang udang ni. Biase makan rendang ayam n daging je.

    BalasPadam
  8. Oo boleh la masak, hari tu saya baru beli udang galah fresh dari Tawau kat tepi jalan ke Econsave Cheras.. Besar besar jugak , tapi masak kari je. Kali ni boleh la beli lagi nak masak rendang.. Tq ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers