OOO

Memaparkan catatan dengan label udang galah sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang galah sedap. Papar semua catatan

Rabu, Februari 04, 2015

Rendang Udang Galah

Assalammualaikum
Udang galah ni dah masak lemak cili api, kali ni akak masak pula rendang udang.


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan-akak gunakan udang galah 
* 1 senduk cili kisar
* 1 biji bawang besar *
* 4 ulas bawang putih *
* 2 hiris halia *
* 4 sb serbuk rempah kari
* 2 batang serai - dititik 
* 2 lembar daun kari - dipetik-petik
* 1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
* 3 sudu penuh kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* 1 keping asam gelugur atau sedikit air asam jawa
* minyak utk menumis

Cara-cara

1. Kisar bahan-nahan yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari. 2.Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik.
4. Gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.
5. Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.
6. Masukkan garam dan rasa dulu baru di matikan api dan siap utk disajikan.

Jumaat, Ogos 23, 2013

Resepi Rendang Udang Galah Sedap

Assalammualaikum

Tak habis-habis dengan rendang kan..ala akak buat ni nak bagi anak-anak yang balik sekali sekala ke rumah ni.
Mula-mula Yana macam hairan bila tenguk akak buat rendang udang galah ni... 
eh mak boleh ker?

Apa pulak tak boleh..tu semua kita yang masakkan..akak ambil resepi dari  Chef Mat

Bahan-Bahannya :-)
600 g udang galah
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar gula melaka-tak letak
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
3 biji buah keras*-tak letak
3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)* (cili api 5 biji)
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)-tak letak
Cara membuatnya :-)
  1. Udang dibersihkan, perap dengan jus limau dan garam, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, gunakan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Terpulang pada individu, samada suka lembap atau kering. Hidangkan bersama nasi hangat, roti atau apa2 saja yang berkenan di hati.....

Sabtu, Julai 28, 2012

Resepi Kari Udang Galah

Assalammualaikum dan selamat berpuasa.

Baru sebut-sebut pagi Khamis dengan anak akak..
Russhdi jom gi pasar borong selayang..mak nak cari udang galah...dah lama tak masak
Kebetulan penjual ikan kat area rumah akak bawaklah pulak udang galah. Alhamdulliah ..macam tau-tau ajer Zul (penjual ikan) akak teringin nak makan..dia bawaklah pulak.  Akak pun apalagi..gi beli santan nak masak kari pekat udang galah.

Bahan-bahan
1 kg udang galah
1/2 kg santan pekat
2 cawan air
4 sudu besar rempah kari daging
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 biji tomato-potong kecil
sedikit daun ketumbar-racik halus
1 sudu kecil kerisik
sedikit air asam jawa
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
garam

Bahan tumisan
1 batang kayu manis
2 biji cengkih
2 buah pelaga
2 bunga lawang
1 biji bawang besar-hiris halus
2 batang daun kari
Cara-cara
1. Tumbuk/kisar  bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, masukkan semua bahan penumis sehingga naik bau dan masukkan pula bahan kisar/tumbuk..kacau sebati.
3.  Bila dah layu masukkan pulak rempah kari dan sedikit air dan kacau dengan api perlahan sehingga terbit minyak barulah di masukkan santan pekat dan air.
4.  Bila santan mendidih,masukkan garam, hirisan daun ketumbar dan udang galah.
5.  Kemudian masukkan kerisik dan akhir sekali masukkan jus asam jawa.
6.  Boleh di hidangkan bersama murtabak, roti canai ataupun nasi putih.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...