Selasa, Mac 03, 2015

Jemput Jemput Pisang Sedap

Assalammualaikum

Jemput jemput pisang kalau akak buat memang guna hujung jari, kadang kadang lawa, kadang kadang tak lawa.
Tak kisahlahkan, janji habis di makan udahlah.  Akak suka tambah kelapa parut sikit kalau buat jemput jemput pisang ni, sumber resepi dari SINI

Bahan-bahannya
  1. 10-12  biji pisang emas
  2. 600gram tepung gandum
  3. sedikit kelapa parut
  4. 1 sudu teh bikarbonat
  5. 1/2 sudu teh garam
  6. 2 sudu gula pasir/brown sugar
  7. 4 sudu gula perang/melaka/merah
  8. Minyak masak untuk menggoreng
Cara menyediakan
  1. Lenyekkan pisang, garam, gula dan gula merah hingga hancur.
  2. Masukkan tepung, kelapa parut dan bikarbonat. Tuang air sedikit jika perlu. Kacau hingga adunan mesra.
  3. Biarkan adunan sekejap dalam 1/2 jam(30minit) tutup adunan. Panaskan minyak gorengan dan bolehlah basuh pekakas pinggan yang kotor ya
  4. Bila minyak betul-betul panas. Perlahan api, gunakan jari (pastikan korang bersihkan dengan baik) ambilah sedikit demi sedikit dan bentuk bulat adunan jemput-jemput ke dalam minyak.
  5. Apabila warna jemput-jemput bertukar ke warna kegelapan. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
  6. Selamat mencuba.

6 ulasan:

  1. Memang layan minum petang. Kena pula hari hujan. :)

    BalasPadam
  2. bestnya kak jemput pisang...

    BalasPadam
  3. baru buat kelmarin. anak yg kecik tu suka sangat la jemput pisang ,

    BalasPadam
  4. Betul. Tambah sedikit kelapa parut memang sedap. Lemak lemak.

    BalasPadam
  5. Mantabz, kak !!!
    www.lowriu.blogspot.com

    BalasPadam
  6. x pnh wat cekodok pisang letak kelapa parut.. blh try ni.. tapi yang pasti cekodok pisang yang sy wat c pnh nk jadi bulat2.. :-(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers