OOO

Jumaat, Mac 06, 2015

Resepi Puyuh Bakar Berempah

Assalammualaikum semua
Terjumpa pulak burung puyuh kat Bekenu, 2 ekor RM11.00..mahal gak ek sekarang burung puyuh ni.  Nasib baik isi lembut, tak lama nak bakar. Kalau tak ada burung puyuh boleh ganti dengan ayam cam akak pernah buat dulu.

Bahan bahan:
4 ekor burung puyuh di potong 2
2 biji kentang US- belah 8 (kentang biasa pun boleh)
2 sudu besar serbuk kari daging Babas
Sedikit minyak zaiton/masak
2 sudu besar mentega atau marjerin
Baby Carrot
1 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit madu
Garam

Bahan-bahan kisar:
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit - serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 sudu kecil jintan halus
1/2 sudu kecil lada hitam - jika suka
Sedikit air.

Cara cara:
Cuci puyuh bersih-bersih. Cucuk badan puyuh dengan menggunakan garpu supaya rempah lebih meresap dan mesra.

Panaskan oven terlebih dahulu.Bahan kisar tadi dimasukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan rempah kari, madu dan garam. Gaul rata.

Kemudian, lumurkan pada puyuh yang telah dicucuk tadi. Letak ke tepi dahulu.

Sediakan loyang untuk membakar. Tuangkan sedikit minyak ke dalam loyang tersebut. Susun puyuh yang telah dilumur dan diperap tadi. 
Kemudian, susun bawang besar, kentang dan baby carrot.

Kemudian, renjiskan mentega atau marjerin ke atas ayam tadi. 

Masukkan puyuh yang telah disediakan dengan sempurna tadi ke dalam oven dengan suhu 170-180 darjah Celcius dalam masa 45 atau 1 jam ataupun bila puyuh keperangan.

5 ulasan:

  1. nak burung puyuh jugak kak... hehhehee

    BalasPadam
  2. peh sedapnya..burung puyuh yang lazat untuk dimakan...

    BalasPadam
  3. Memang sedap, tengok je dah tau. Lepas ni boleh pass resepi kat wife..

    BalasPadam
  4. Biasa wat puyuh goreng jek.. pasni blh cedok resipi k.ina n try wat cmni plak.. Tq kak share resipi..

    BalasPadam
  5. Terasa nk mkn burung puyuh plak la...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...