OOO

Ad

Selasa, Mac 17, 2015

Resepi Nasi Minyak Sedap

Assalammualaikum semua
Teringin pulak nak buat nasi minyak nak makan bersama gulai ayam terengganu.
Oleh sebab acar kalau buat selalu masuk tong sampah, akak malas nak buat cuma goreng papadum ajer.  Resepi ni akak cari kat google dan jumpa blog yang INI dan Azlita


Bahan-bahan tumis
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2  cawan kismis-tak letak
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh maggi secukup rasa 


Rempah tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga

1 batang serai di titik
1 inc halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris

Cara-caranyaRendam beras 30 minit, basuh dan toskan.

Masukkan dalam kuali minyak jagung dengan 3 sudu besar minyak sapi. 
Bila dah panas masukkan  bahan tumis, tumis sampai garing dan naik bau. 
Apabila dah naik bau saya transfer bahan-bahan  ni ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan susu cair, air yg telah disukat mengikut beras, garam, dan daun pandan. 
Apabila mendidih masukkan beras basmati yg sudah di basuh terlebih dahulu. Biarkan beras masak sepenuhnya.

Petua masak nasi guna beras basmati ni jangan selalu kacau. Kacau 2 kali je sekali masa kita masukkan beras sekali lagi bila air dah kering. So siap la nasi minyak kita.

4 ulasan:

  1. Amboi berasnya panjang-panjang. :)

    BalasPadam
  2. lama tak masak nasi minyak... sedapnya kak ina

    BalasPadam
  3. Dh lama x mkn nasi myk kenduri.....ntah bila dpt mkn...

    BalasPadam
  4. Ooooo...saya kacau byk kali..dh xnmpk rupa beras basmathi...patut ler...hahhaha...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers