Jumaat, Januari 02, 2015

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Assalammualaikum

Ada yang marah bila upload gambar masakan di facebook dan instagram, mungkin ada kerabat mereka yang terlibat dengan banjir besar yang melanda pantai timur.  

Tujuan blogger masakan berkongsi gambar dan resepi bukan nak menunjuk nunjuk tapi dah memang minat kami nak mencuba resepi dan memberikan hidangan yang terbaik buat keluarga tercinta.
Pertama kali akak dapat rempah dari pantai timur pemberian dari Kak/Chef Hanieliza, sejak tu suka masak guna rempah chap bunga ros ni.  Nasib baik ada blogger yang sudi belikan akak rempah ni bila balik ke kuala lumpur.  Terima kasih GTO.
 Hari ni akak buat gulai ayam menggunakan rempah ni..memang tak sama cam rempah kari yang akak selalu guna tu.  Masakan ni menggunakan asam keping/asam jawa dan juga gula nisan/gula melaka, dah tentulah rasanya tak sama cam kari ayam.

Dulu akak pernah buat, resepi ada kat blog, kali ni akak guna resepi dari SINI tapi akak ada tambah sikit.

Bahan-bahan yang diperlukan :-
1 ekor ayam dipotong 14
3 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan) 
1 paket kecil rempah gulai 
1/2 paket kecil rempah masak 
1 paket kerisik
air asam jawa
1 keping asam keping
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
21/2 cawan santan cair
garam secukupnya
gula secukupnya
gula melaka 1 ketul kecil
minyak masak

Bahan yang perlu dikisar:-
6 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1/4 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 

Bahan tumis 
3 biji bawang putih dimayang
1/2 biji bawang besar-dimayang
1 inci halia  dimayang kasar
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

 Cara-cara :-
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. 
Tumiskan hingga wangi dan masukkan  bahan kisar serta cili mesin. 
Masak sampai pecah minyak.
Kemudian masukkan bahan campuran tadi dan kerisik. 
Kacau dan masak sampai pecah minyak . 
Kemudian masukkan ayam bersama ubi kentang.
Masukkan  santan cair. 
Bila gulai mendidih masukkan santan pekat bersama asam keping, air asam jawa dan gula nisan/melaka. 

Buat gak acar tapi guna sayur jer. Bahan-bahannya akak agak agak jer.

Bahan
kobis
timun 
lobak merah
cili hidup
cuka
garam
gula

Cara
Potong atau hiris kobis, timun, lobak merah dan cili hidup.
Campurkan cuka, gula dan garam (agak-agak) dan kacau rata
Masukkan ke dalam bahan yang dihiris dan gaul rata.
Sejukkan dalam peti sejuk baru di hidang.


16 ulasan:

  1. Sedap nampak..lagi2 tengah lapo ni..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. akak suruh geng blogger belikan bila balik ke terengganu

      Padam
    2. IGT NAK ORDER NGAN MEMBER KAT KG (KELANTAN)
      SBB SY PENAH NAMPAK REMPAH NI

      Padam
  3. SELAMAT TAHUN BARU AKAK.. Rempah ni memang terbaik!!

    BalasPadam
  4. RAMAI CAKAP REMPAH NI SEDAP..

    BalasPadam
  5. Nampaknya macam rempah yang special tentu hasil masakannya juga sedap.

    BalasPadam
  6. Saya juga suka rempah Kelantan. Beli dari peniaga jual timbang-kati di Pasar Khadijah sana. Tapi kalu dapat nak juga cuba Rempah Rose ni. Mesti sedap niii...

    BalasPadam
  7. sedapnya Kak ina...SA pun kena sound hari tu passal letak gambar...padahal xde pun niat apa2...

    BalasPadam
  8. Terbaik le, tapi jarang2 tengok rempah tu. Biase guna adabi.

    BalasPadam
  9. Sis.. Tkpyah lyan org yg benci tgok resipi sis tu.. Bg saya tujuan sis nk upload resipi dan gmbar sbg tujuan nk kongsi resipi sis kepada smua org...sy suka resipi sis nie bleh tmbah lg ilmu memasak sy.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu niat untuk rujukan anak anak dan yang lain, bukan nak tunjuk hebat pun :) terima kasih Josephine Phine

      Padam
  10. rempah ne hanya ade kat pantai timur jew. pendek cie skunk bleh mitak org pos jew

    BalasPadam
  11. Rempah ni mmg sedap..sampaikan sy terbayang2 gulai daging kawan saya buat guna rempah ros..memang sodap terbaik lahh.sy pun baru nak blajar gula ipakai rempah ros.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers