OOO

Rabu, April 01, 2015

Masak Lemak Cili Api Udang Galah Campur PUcuk Midin

Assalammualaikum semua


Kat Miri barulah dapat makan midin puas puas sebab banyak orang jual kat sini.  Udang galah ni akak beli di Bekenu, harga RM70.00 sekilo. Yang best udang galah ni masih hidup.


Cukup untuk makan tengahari dan malam sebab udang ni gadang bebeno. Seronok gak melayan tekak dengan masakan camni.

an-bahan
4 ekor udang galah besar
1/2 kg atau  500gm atau 1 kotak kecik santan segera/santan pekat
1 cawan air
 1 cekak midin siang pastu rendam air garam kejap, bilas dan toskan
10 -15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai-titik hujung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
 

Bahan-bahan
1.   Siang midin pastu rendam air garam kejap, bilas dan toskan.  Bersihkan udang galah.
2.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
#Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
3.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan air.
4.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
5.  Bila mendidih masukkan udang, daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
6.  Bila mendidih sekali lagi dalam 10 minit, barulah masukkan pucuk midin  dan biarkan sekejap, rasa garam dan baru padam api.

7 ulasan:

  1. Kak Inaaaa... saya peminat udang!

    BalasPadam
  2. wahhh, sedapnya kak Ina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. midin tu rasanya macam pucuk paku ker...

      Padam
  3. sedapnye midin, tapi kat sini tak do..

    BalasPadam
  4. ini kalau beli ni sure mahal....kan
    kalau free sudi lawat blog saya http://kasimantap.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. memang udang salah satu masakan yang bisa dibuat resep dengan berbagai macam bumbu yang lezat

    BalasPadam
  6. Sampai hati kak ina tayang kat sini..terus mengidam dh ni...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers