OOO

Isnin, April 06, 2015

Udang Goreng Mentega Sedap

Assalammualaikum
Masa pergi ke Pasar Nelayan di Piasau, kebetulan ada udang harimau yang segar, al maklumlah baru sajer naik dari laut.  

Akak pun cepat ajerlah grab sebab kat sini kadang kala banyak pemborong ikan atau pengusaha restoran angkut segala apa hasil laut yang di jual kat sini.  Geram gak di buatnya bila pergi tak ada hasil laut yang best best.

Teringin nak buat udang butter ajer sebab dah selalu buat sambal tumis.  Resepi akak ambil dari blog Azie, akak taklah buat sampai sekilo, kenalah agak agak jer yer.

Bahan bahan:
1 kilo udang
8 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 biji bawang besar kuning - cincang
3 tangkai daun kari
8 biji cili padi - hiris 
1 tin susu cair
3 sudu besar Mentega
Minyak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan mentega sehingga mentega cair. Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar. Setelah wangi, masukkan pula daun kari dan cili padi. Kacau rata.

7 ulasan:

  1. Serius sedap dan geram saiz udang yang besar. :)

    BalasPadam
  2. Banyak belajar tentang salah satu dari resep udang goreng mentega di sini

    BalasPadam
  3. wah sedapnya...terliur la pulak..nak cuba la nanti !!..xsabar nak try resepi ni..terbaik la

    BalasPadam
  4. wah.. Kak Ina.. sedap nampak! Nak cuba ni kat rumah!

    XOXO
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    BalasPadam
  5. Wahhh..Nampak sedap je udang tu bertenggek kat pinggan tu..Terus rsa nak pergi pasar beli udang segar besokkk...Nak try masak mcm Resepi Sis nie,

    BalasPadam
  6. Udang harimau besar2 macam ni sure manis kan...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...