OOO

Isnin, April 20, 2015

Resepi : Kek Marbel Lembap

Assalammualaikum semua

Fuhh diam tak diam dah nak setahun akak tak baking, salah satu sebab masa duk Miri bahan bakeri mahal dan alasan yang paling best suami tak bagi buat.  Bukan apa kalau buat pun, cuma 3 mulut jer yang makan, kalau suami tau akak mengidam nak makan kek, kami selalunya gi ke SR sahaja sebab kat Miri kebanyakan yang jual adalah bangsa lain.  



Bila balik semula ke Semenanjung, anak-anak selalu jenguk akak kat rumah yang kami beli 2 tahun yang lepas.  Kebetulan Ira pun cuti semester, apa lagi akak suruhlah salah satu anak perempuan akak buat kek yang ni.

Walaupun kurang cantik kejadiannya sebab anak akak dah lama relazzz dari buat kek, alhamdulliah habis seloyang tak sampai sehari sebab Russhdi dan isteri pun bermalam kat rumah akak setelah berjimba di Kota Kinabalu.
Okkk tak nak pot pet lagi, jom tenguk resepinya yang akak ambil dari blog masak memasak Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega
170 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
150 gram gula kastor (resipi asal guna 170 gram)
3 camca besar susu pekat manis
1 camca besar ovallate
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar sebuk koko + 4 camca besar air panas + 1 camca teh perisa mocha = kacau hingga jadi pes

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna bundt-pan atau acuan kek berlubang tengah, hanya perlu lenser dengan mentega rata2). Ketepikan.
  2. Putar mentega, susu pekat manis hingga kembang dan putih. Ketepikan. Dalam mangkuk kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Terus putar hingga putih telur kental.
  3. Masukkan ovallate dan putar lagi hinga sebati. Sederhanakan kelajuan dan masukkan kuning telur satu persatu hingga habis. Kemudian masukkan pula adunan mentega, putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata dan sebati. Tambah esen vanilla dan kacau rata.
  4. Cedok keluar 1/3 bahagian adunan dan tambah bancuhan serbuk koko tadi dan kacau rata2. Tuang 1/2 bahagian adunan biasa, kemudian adunan coklat (tinggalkan sedikit) dan tuang lagi baki adunan biasa hingga habis. Baki adunan coklat ditepek2kan atasnya. Menggunakan chopstick atau pisau, buat beberapa pusingan. 
  5. Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit atau hingga masak. Kek akan turun sedikit bila sejuk. Hidangkan untuk minum petang..

2 ulasan:

  1. Masa Raya baru dapat merasa kek marbel ini.

    BalasPadam
  2. sedapnya kak....bakar kek mesti wangi semerbak dapur kan..anak2 balik dr sekolah agama terus tercari2 'makanan' itu..hihiii..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...