OOO

Jumaat, April 17, 2015

Resepi : Ikan Siakap Masak Masam Manis/Sweet & Sour

Assalammualaikum semua

Selalunya akak guna ikan bawal, tapi di sebabkan anak-anak dan suami tak doyan, akak tukar guna ikan siakap pula.  

Kalau goreng akak suka goreng garing lagi sedap camtu.
Akak suka guna air nanas dalam tin ayam brand sebab malas nak beli nanas mentah.  Pernah gak guna brand lain tak kurang umphhh.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan dengan jus limau kasturi..atau gunakan asam jawa. toskan
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit serbuk
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • minyak yang banyak

Bahan Sos
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 8 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1/2 cawan air nanas dalam tin (ayam brand)
  • 8-10 ulas nanas dalam tin (potong kecil)
  • 1/2 sudu kecil sos ikan (optional)
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 cili merah-hiris serong
  • sedikit gula dan garam
Cara-cara
1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit, garam dan lepas tepung jagung.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng cara deep fry. Balik-balikkan setelah keperangan dan toskan.

Untuk Sos
1.  Tumbuk bawang putih dan lada hitam bersama halia.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi.
3.  Masukkan air nanas bersama sos tomato, sos cili, sos ikan dan nanas dalam tin.
4.  Biarkan menggelegak baru masukkan bawang dan lobak merah.
5.  Masukkan garam  dan gula sedikit  dan rasa dulu cukup masam dan manis baru tutup api.
6.  Masukkan daun ketumbar dan tuang ke atas ikan.
7.  Sedap di makan panas-panas.

2 ulasan:

  1. nasib dah makan kalau tidak confirm terliurrrr...

    BalasPadam
  2. Alahai..SA tgok masa dlm bas nak balik kg ha....terus berbunyi perut SA kak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...