OOO

Isnin, Mei 25, 2015

Bubur Lambuk Ala-Ala Kampung Baru Sedap

Assalammualaikum semua

Bila puasa teringin nak cuba masak bubur lambuk, selalunya mak yang buat.  Akak google tenguk macam mana cara nak memasak.  Bila tenguk kat 2 3 blog ada pelbagai cara memasaknya, akhirnya akak pilih resepi dari blog Makcik Manggis

Bahan-bahan
1 cawan beras 
1 cawan daging kisar
1/2 labu bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
1 inci halia-tumbuk
1 helai daun pandan
1/2 cawan santan kelapa
1 sudu besar udang kering-rendam sekejap-cuci dant toskan.
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Rempah ratus
2 inci kulit kayu manis
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil halba
1 bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu kecil rempah kurma

Bahan untuk taburan
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya
Cuci beras dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah ratus sehingga wangi.
Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya untuk masak bubur kemudian masukkan besar, udang kering dan daun pandan yang di carik dan di ikat.
Masak sehingga jadi  bubur, jika terlalu pekat boleh tambah air secukupnya.
Akhir sekali masukkan santan kelapa dan garam.
Biarkan mendidih lagi.
Bolehlah di hidangkan bersama hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

4 ulasan:

  1. aduuuuhai terasa2 lak kat anak tekak dear uwaaaa

    BalasPadam
  2. Tak lama lagi hendak masuk bulan Ramadhan bolehlah dicuba resepi ini.

    BalasPadam
  3. mesti jadi menu berbuka puase nanti ni...hehehe

    BalasPadam
  4. Jumpa juga resipi nya, boleh dah buat utk hari ni juadah buka puasa...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...