OOO

Selasa, Mei 05, 2015

Butter Garlic Lobster

Assalammualaikum
Dapat seekor udangkara atau lobster fresh ni memang rasa gembira rasa di hati.  Pernah makan kat Kota Kinabalu, masih lagi teringat kesedapannya sampai sekarang.
Akak first time nak cuba masak, jadi terpaksalah google tenguk mana resepi yang mudah dan sedap. Memang nak bakar ajer dalam oven, jadi resepi di blog Emelia ni senang ajer nak buat.

Bahan-bahan

2 ekor lobster saiz kecil (Potong di bahagian tengah ekornya hingga ke kepala)
1 1/2 sb mentega (cairkan)
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parsley flakes
secubit garam
2sk olive oil
sedikit keju Parmesan

Cara-cara

Tumbuk bawang putih hingga lumat.
Campurkan bawang putih dengan mentega yang telah dicairkan. Gaul sebati.
Susunkan lobster pada loyang pembakar. Sapukan bawang putih dan mentega tadi pada serata isi lobster yang kelihatan. 
Tabur garam, serbuk lada hitam dan parsley flakes. Drizzlekan sedikit olive oil.
Panaskan oven 200 darjah dan bakar lobster selama 12-15 minit. Sebelum keluarkan lobster, tabur sedikit keju Parmesan dan biarkan selama seminit dalam oven.
Alihkan lobster ke dalam pinggan.

Alhamdulliah tertunai hasrat dihati ..dah balik semenanjunh memang tak ada can lah nak beli dan masak.

4 ulasan:

  1. eemmmmm sedapnyaaaa... meleleh air tengok.. :)

    BalasPadam
  2. singgah sini..
    sedappppnyaa kakkkkk!

    BalasPadam
  3. Fulamak tidak tertahan melihat udang dibelah sebegitu. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers