OOO

Khamis, Mei 28, 2015

Cara Buat Doh Homemade Pizza Sedap

Assalammualaikum semua

Anak akak memang suka pizza, selalu beli kat luar.  Banyak gak resepi yang akak dah tepek kat blog akak, ada resepi Pizza Gebu, Pizza, Seafood Pizza dan Soft Crust Pizza.

Kali ni akak tepek doh pizza yang berlainan pula. Kalau nak beli doh readymade kat supermarket boleh tapi buat homemade pun pun senang gak. Akak cari resepi kat google terjumpa kat blog Azie.

Bahan-bahan
1 1/2 cawan air suam
2 sudu kecil yis kering (mauripan)
Secubit gula
*3 biji bawang putih-tumbuk lumat
*sedikit organo
4 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak zaitun (olive oil)
Sedikit minyak zaitun (lumur di pan)
(akak tambah)

Cara-cara
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis.
Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa di kacau.
Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk, masukkan garam.
Buat lubang di tengah tepung dan tuangkan minyak zaitun ke dalamnya bersama air yis tadi.
Ambil pisau dan potong seolah potong kek dari tepi ke tepi sehingga sebati (akak gunakan tangan sahaja)
Dengan menggunakan kedua tangan, uli dan gulung doh sehingga tidak melekat kat tangan.
Taburkan tepung gandum atas papan pencanai, uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua doh, di lipat ke tengan dan di tolak ke depan (macam basuh baju baju guna tangan)

Akhir sekali tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan doh 30 minit sehingga naik 2 kali ganda.
Keluarkan doh, tumbuk dan bahagian kepada 2 bahagian.
Sapukan dulang pizza dengan minyak zaitun, leperkan doh pizza dan cucuk dengan garfu bagi mengeluarkan udara.

Doh yang sudah siap sebelum di letak sos dan topping.

8 ulasan:

  1. pizza tu nampak menyelerakan kak..

    BalasPadam
  2. Sedapnyer homemade pizza tu, Ina

    BalasPadam
  3. homemade pizza...boleh bawak untuk hari raya ni...nyummmmm

    BalasPadam
  4. Sedap kak .... boleh cuba ni nanti ...

    BalasPadam
  5. Kak Ina ni mmg pandai masak kan .. suka jengah blog akak tgk resepi makanan ..

    BalasPadam
  6. pizza kalau buat sendiri memang lebih berbaloi n jimat, kan? nak bubuh segala tok nenek benda kesukaan kita pun boleh..hehe

    BalasPadam
  7. Alhamdullilah dah boleh buat utk buka dan makan sahur.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...