OOO

Isnin, Jun 22, 2015

RESEPI AYAM/PUYUH GORENG BEREMPAH YANG RANGUP DAN SEDAP

Assalammualaikum
Terjumpa burung puyuh mentah kat Pasar Pagi 
Salak, ada jual yang dah perap.  Akak takut nak beli takut tak sedap.
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil atau burung puyuh

2 inci halia**
2 biji bawang besar**
6 ulas bawang putih**
7 batang serai**

1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
1 sudu besar cili kisar 
sedikit serbuk kunyit 
garam secukupnya
1 sudu gula 
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor (dipukul dahulu)
2 sudu besar rempah kari ayam

Caranya:

  1. Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum.
  2. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air lumat bersama ketumbar, jintan dan se hingga lumat.
  3. Dalam bekas satukan semua bahan kisar, serbuk kari, cili kisar, garam dan sedikit gula. 
  4. Masukkan ayam  dan ramas daun kari sehingga sebati dan perap sehingga 1 atau 5 jam.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk.  Sebelum goreng masukkan telur dan tepung jagung.
  6. Panaskan minyak kemudian perlahan api sederhan, masukkan ayam ...goreng sehingga masak.
  7. Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup hingga ke petang.. selamat mencuba...

1 ulasan:

  1. Ayam Puyuh berempah memang sedap tetapi tidak puas kalau dapat makan seekor sahaja. Semasa duduk di Sungai Besar pernah menternak burung puyuh dibelakang rumah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers