OOO

Khamis, Jun 18, 2015

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Dengan Kacang Buncis

Assalammualaikum
Macam macam masakan boleh buat dengan udang, kalau tak ada penyakit gout boleh ajer makan bagi orang yang sebaya dengan akak.

Bahan-bahan
15 ekor udang galah-bersihkan dan tos
2 cawan  santan pekat
1 cawan air
Kacang buncis-potong 2 serong
10 -15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai-titik hujung
asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa


    Bahan-bahan
    1.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
    Kalau malas kisar ajer dengan blender.
    2.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan air termasuk serai. (kalau nak cair boleh tambah air)
    3.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
    4.  Bila mendidih masukkan udang, daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
    5.  Bila mendidih sekali lagi masukkan kacang buncis dan biarkan sekejap, rasa garam dan baru padam api.

    1 ulasan:

    1. Salam Kak Ina...selamat berpuasa utk akak sekluarga.Mmg sedap msk lemak udang + kcg buncis..rasanya dlm esbok ada stok udang & kcg..Nanti blh msk menu cam Kak Ina... :D

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers