OOO

Khamis, Julai 23, 2015

Raya Aidilfitri 2015-Syoknya Raya

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Semua

Diam tak diam dah seminggu umat islam seluruh dunia menyambut hari raya, sekejap ajer masa berlalu sekarang ni.

Tahun ni giliran beraya kat rumah bapa mertua di Segamat, lepas sahur gedabuk..gedagak..dalam pukul 7.00 baru gerak sebab nak elakkan jem kat highway.

Akak yang mula sampai, kenalah siapkan apa yang patut untuk di masak kali ni.  Nasib baiklah adik ipar akak yang duk kat rumah fil dah siap siap belikan barang keperluan nak masak.  

Alhamdulliah ada suami, anak dan menantu tolong akak kali ni. Kalau idak menangislah akak sambil mengodak rendang.

Akak cuma masak rendang, suami dan anak anyam dan rebus ketupat..tak buat banyak sebab  cuma 3 keluarga ajer yang nak makan di pagi raya.  Masak rendang ayam pencen 4 ekor, ketupat dalam 60 biji dan daging 2kg. 

Kat sini suka buat daging masak kicap buat makan raya, akak palau biras masak, kuah lodeh adik ipar akak masak masa pagi raya.

Masa buka puasa akak masak sup tulang makan dengan bihun/mee, buat pegedil dan juga sambal kicap.
  kat kampung...macam-macam feshyen baju raya anak anak akak yang masih single ni haaa
Lepas solat raya, kami beraya..mula mula ke Felda Pemanis Segamat.  Perut masih kenyang, makan kuih ajerlah.                                          
rumah ke dua di Kampung Sungai Balang Kecil Muar, gambar bersama bapa mertua, biras dan ipar. Alhamdulliah fil masih lagi boleh beraya bersama kami.
rumah ke 3 kat Parit Bulat, Muar
seronoknya dapat beraya dengan cucu..walaupun tak boleh berjalan, Humaira nak gak melaram dengan baju lip lap..lip lap.  Kalau sorang cucu bolehlah layan, kalau dah berpuluh puluh..erhmm tak terlayanlah gamaknya.

Pastu gi ke 2 buah rumah Parit Jamil terusss ke Melaka menjenguk 2 bapa saudara yang kurang sehat dan mak saudara. Sampai dah lepas maghrib, tak dan nak ambik gambo, lagipun dah cam selekeh jer nak ambik gambo sebab berjalan dari pagi.  Pastu terus pulang ke rumah, nasib baik highway plus masih kosong lagi.
Raya kedua gi pula ke rumah mak di Gombak,  umah besan..pastu gi ke situ, sana, sinunnn.  Malam belasah makan pizza yang akak belanja.  Sekali sekali belanja anak apa salahnya kan.
 Raya ke 5 adik lelaki datang beraya kat rumah akak, akak masak lauk kampung jer.  Kebetulan ada dusun durian berhampiran rumah kami.
 Punyalah teruja isteri dan anak buah akak nak gi kutip durian
 first time masuk dusun durian rupernyaaa, buat macam kebun sendiri aaa
lepas kutip jangan lupa bayar yer :)
suami rajin kopek durian, bukan durian kampung tapi durian D24..akak kurengg sikit, lebih suka durian kampung.

Hari Rabu sekolah dah mula, tak can aaa nak jalan sebab Imran sekolah.  Nanti hari Sabtu baru gi lagi. Insya allah.

Selamat Hari Raya akak ucapkan buat pengunjung dan juga  blogger yang sudi menjenguk blog yang suam suam kuku ni, dah balik dari Miri, mood nak berblog dah makin kurenggg.  Tak taulah entah kenapa ek.

#kosongkosong #syukurselalu





9 ulasan:

  1. seronok tengok akak dapat berjalan2x raya ziarah sanak saudara. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok adarain walaupun penat. selamat hari raya

      Padam
  2. beraya dengan durian..tu yang best tu..selamat hari raya ye kak.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah musim kat sini mamabard. Selamat hari raya mamabard

      Padam
  3. Sambutan Hari Raya yang meriah. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada kak Ina sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Assalam akak, mntak no tel pak sdara akak yg tukang jahit tu boleh x? mak sdara akak buat baju nikah kn, sy dh bnyak kali g sne tp tutup, almaklum lah g pn pas waktu keje, tu yg xsempat kot.....blh x kak send kt sy , k ^_^ email sy

    dielapheonixussien@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh iyer ker tutup diela. gi kat kedai suami dia dulu ..rahman tailor tanya kat mana kedai jahit wife dia

      Padam
  5. Kalu kat johor ketupat wajib dah pagi raya, kalu xde memang xraya la jawabnya. Tapi bab durian tu huhu memang sedap

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers