Assalammualaikum semua
Bosan pulak guna resepi sup daging/tulang yang sama, akak cari kat google sup yang masak lain dari kebiasaan akak masak.
Bila tenguk kat blog Masam Manis resepi asal dari Chef Amer, cam lain sikit bahan yang di gunakan. Nama sup tulang pun havoc, Sup Tulang Jangan Pandang Belakang..cam nama filemlah pulak. Akak cuma gunakan daging sebab tulang tak ada stok.
Kalau gunakan tulang, kenalah rebus sehingga empuk tau dulu sebelum di masukkan rempah ratus yang lain.
Bahan-bahan
1 kg daging lembu ~ cuci bersih,
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
Cara membuatnya
Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.
Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan daging dan air dan biarkan ia merenih.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan.

Macam sodap je.. ada minyak sapi tu.. boleh try nih.
BalasPadamSelamat hari lahir kak ina 😍
Sedap, pekat melekat ni cicah dengan roti habis sebuku sorang rotinya.
BalasPadam