OOO

Selasa, Julai 14, 2015

Resepi Biskut Nestum Ranggup

Assalammualaikum semua

Akak pulun buat kukis dari hari Sabtu hingga hari Ahad, berbaloi gak hasilnya.  Buat biskut nestum belah malam, belah pagi buat biskut coklat chips.
Tahun ni akak memang buat kukis yang senang senang jer, yang gentel, sudu dan juga bulat bulat.
Resepi biskut nestum ranggup ni akak ambil dari SINI tapi akak tak hias dengan ceri, malas punya pasal nak gi kedai bakeri semata mata nak beli ceri,  Ceri baru berapa sen tapi duit minyak lagi mahal dari ceri.

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil
Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA NAZ :
  • Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
  • Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja. 

1 ulasan:

  1. Sedapnya, sy peminat nestum tp raya tahun ni p beli je. Wife xmenang tangan nk buat kueh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers