OOO

Jumaat, Ogos 14, 2015

Ayam Goreng Berempah Nasi Kukus Ranggup Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Akak dah banyak share resepi ayam goreng berempah pelbagai bahan di campurkan bersama untuk menyedapkan lagi ayam goreng berempah.
Resepi ni patutnya ada nasi kukus, sambal belacan dan kuah kari, akak tak dan nak membuatnya sebab kakak ipar sekeluarga nak datang beraya.  Inshaallah nanti akak cuba buatlah.  

Resepi telah di share dalam facebook oleh rakan akak, bila baca feedback cam sedap jer, akak pun cubalah buat.  Oleh sebab yang share resepi ni berniaga nasi kukus goreng berempah dia bagilah resepi untuk kuantiti yang banyak..pandai pandailah adjust yer.

Bahan-bahannya
20 ketul ayam..cuci bersih dn toskan air ayam
2 sudu besar bwg putih mesin
2 sudu besar halia parut
4 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kunyit
6 btg serai dimesin
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar biji..3 bahan ni disangai dan di mesin kasar
Daun kari
Garam dan perasa..nk letak stok ayam pun blh..dlm 2 sudu besar
Cara-caranya
Gaul ayam dgn bahan-bahan basah dahulu..masukkan garam dan perasa..setelah rata masukkan bahan2 kering. Perap 2 jam dalam peti ais
Sediakan tepung utk digaul sebelum goreng
1 kampit tepung beras.garam, serbuk perasa, sedikit serbuk kunyit dan 1 biji telur lalu bancuh dgn air seperti adunan roti jala
Panaskan minyak yang banyak..agak2 ayam terendam..
Ambil 10 ketul ayam perapan tadi,masukkan 2 senduk adunan tepung, gaul rata dan goreng hingga masak.
Api jangan terlalu besar..tepung.
Jangan letak banyak-banyak, nanti jadi jemput-jemput ayam pulak.

7 ulasan:

  1. erm sedapnya ayam goreng berempah..

    BalasPadam
  2. tq share resepi ni..nanti bolehlah saya cuba...:)

    BalasPadam
  3. Sedap..Nty cuti boleh cuba buat..Ehekk..Jom ke blog saya mimirheem.blogspot.com

    BalasPadam
  4. sangat sedap je nmpk nasi kukus ni...yg sedap sngt ayam die ..mesti cube resepi ni..hehe

    BalasPadam
  5. tq kak.. nampak sedap ble cuba

    BalasPadam
  6. banyak jugak rempah2 ni.. nnt boleh cuba.

    BalasPadam
  7. sedapnyeee. nak kene masuk dalam checklist ni. wajib try. terima kasih kak ina for the resepi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers