OOO

Isnin, Ogos 24, 2015

Resepi Daging Palembang Sedap

Assalammualaikum


Tak pernah lagi sampai ke Palembang Indonesia, cuma pernah sampai Padang, Jogjakarta, Semarang dan menetap di Jakarta.

Masa menetap di Jakarta dan ke Bandung, bila tenguk siaran sana,  akak tak pernah jumpa pun jumpa resepi ini dan juga sirap bandung.  Pelik gak camner kat sana tak ada, kat sini adalah pulak

Akak ambil resepi dari blog Yati
Bahan-Bahan:
  • 700 gm daging – potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
  • minyak utk menumis
Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar
Bahan Tumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris 
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.

7 ulasan:

  1. Macam daging masak hitam lak.. Letak kicap

    BalasPadam
  2. macam rendang je tuuuuu.....

    BalasPadam
  3. wah.. terliur sangat... hehehehe

    BalasPadam
  4. zaza mmg suka lauk daging.. xkisah la masak apa hehe.

    BalasPadam
  5. banyak rempah /awasnya..mkn dgn nasi panas2 mau tak nmpk orang lalu..

    BalasPadam
  6. sedap...mau tak teringin sape nak makan...nanti mesti blajar buat kt rumah..hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...