OOO

Rabu, Ogos 19, 2015

Hilangnya Kampung Puah Hilir Setapak Kuala Lumpur

Assalammualaikum semua

Akhirnya tempat akak di besarkan di Kampung Puah Hilir Setapak telah pupus rata tanpa ada kesan dek kerana projek pembesaran sungai dan tebatan banjir.
Demi pembangunan habis kampung melayu di Kuala Lumpur sekarang ni, dah tak banyak dah kampung melayu yang tinggal. Sedihnya tenguk gambar yang di kirim oleh adik akak masa nak gi beraya kat situ.
Banyak kenangan yang terpahat di ingatan, rumah akak kat belakang tu, nampak tak bunga orkied yang abah tanam?  

Tangan abah memang sejuk, apa jer di tanam akan menjadi termasuklah sayur sayuran dan juga ayam ternakan.  Abah akak kat tengah bersama rakan rakan sekampung.

Kami dah lali bila banjir, selalunya kat belah bawah jer, tapi ada gak beberapa kali naik sikit kat lantai. Kalau banjir besar, selalunya kami akan pindah kat rumah saudara kat atas bukit.
Rumah akak ni pun pernah juga jadi rumah bersanggar pengantin.  Adik lelaki akak yang pegang bunga manggar.  Bila ada orang kawin  kat sini memang meriah aaa
Saudara sebelah rumah akak, arwah dah abang Hamid ni.  Al fatihah.  Bila banjir kami akan bertungkus lumus membersihkan rumah masing masing.
Padang badminton tempat kami bermain dengan rakan sebaya, banyak betul nostalgia kat sini.  Kalau basuh banyak seperti cadar dan selimut, abah akan buat penyidai sementara kat badminton court ni.
Masa sambutan hari jadi akak, ramai gak tetamu yang hadir..akak pernah terjatuh dari tangga ni kebawah sebab mengantuk kerja shift malam di Minolta Petaling Jaya, ada orang panggil nama akak ..akak tak teringat ada tangga sebab mamai..pakai jalan ajer.

Bedebuk kau dibuatnya..nasib baik masa tu slim melim..taklah macam nangka.  Bila buka mata, ada jiran yang panggil akak tadi.  Fuhhh nostalgia betul.

Kampung Puah di terokai oleh orang Melayu semasa British mula melombong bijih pada sekitar tahun 1948 dan di diami oleh orang Melayu yang rata ratanya bekerja sebagai buruh, peniaga, petani dan pekerja am.
antara juadah yang mak sediakan untuk tetamu yang hadir.  Televisyen, kipas ni kalaulah boleh dapat balik buat koleksi..memang best aaa
Al fatihah buat abah akak..miss u abah.  Orang banyak kata muka akak ikut muka abah. Alhamdulliah akak dengan abah kamcing sesangat walaupun abah ni garang.
Keadaan sekarang ni...tiada lagi kesan dah.  Apa nak buat...penduduk yang masih menetap kat sini telah di pindahkan ke PPR Bukit Jalil.  
Walaupun tiada apa lagi yang boleh dilihat tapi semua ini akan terpahat di ingatan kami yang pernah tinggal di Kampung Puah Hilir Setapak Kuala Lumpur.


18 ulasan:

  1. alhamdulillah kawasan kami masih selamat
    kami tetap teruskan perjuangan kami untuk mempertahankan kampung puah lembah

    BalasPadam
  2. saya pernah sampai ke kampung puah nie, dulu abang saya dan sepupu kami tinggal disini. Masa datang sini umur saya 17th baru habis SPM. dah lama jugak tertanya-tanya dimana Kg Puah hari ini. Dulu masa zaman naik bas mini dan bas len seng (kalau tak silap) ada gak ternampak Kg Puah. Bila zaman berubah sejarah dengan mudah dikorbankan. saya nak ucap takziah bukan sebab ada orang meninggal tetapi kehilangan Kg Puah

    BalasPadam
  3. sabar banyak2 akak. ada hikmah tu. dan ada yang lebih baik tu. insyaAllah :)

    BalasPadam
  4. Tinggal kenangan.pernah lalu lalang kt kg Ina zaman tahun 80an ...

    BalasPadam
  5. sedihnyaaa....hanya tinggal kenangan...

    BalasPadam
  6. legend kampung ni...selalu lalu jer nampak signboard

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Sedih kak,terasa sebak kat dada..

    BalasPadam
  9. Minta izin copy paste sy kreditkan utk akak sbg bahan sejarah setempat.

    BalasPadam
  10. Penah tinggal kat kg puah hilir 1979-1991.. Nomi.. Mak name Kak Bi,, abah name Karim.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. duk area belah mana, dekat dengan rumah arwah wak kusen atau arwah wak karmin?

      Padam
  11. aaaaa rindu . rumah nenek pakcik makcik kat situ dulu. yg bahagian bawah

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah rumah belah bawah Masih lagi bertahan walaupun Ada ura² nak kena ambil blk dgn kerajaan

    BalasPadam
  13. Kampung ni asal peneroka minang. Jangan mandai2 tulis benda x berfakta. Nama chubadak kmpg sekitar tu sume bahasa minang. Perkuburan kg puah da wujud 150thn

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...