OOO

Ad

Selasa, September 08, 2015

Rempah Mandi Jamu Mak Dara

Assalammualaikum semua
Masa akak dalam pantang arwah mil akan bawa daun daun untuk buat mandi.  Untuk yana akak belikan ajer mandian Mak Dara, tak rajin nak mencari daun daunan, bukan senang nak cari kan minyak dah mahal.

Akak beli kat kedai jamu di Bandar Baru Bangi, kalau nak beli on9 pun boleh gak.  Ada yang mengamalkan mandian ni ada yang tidak.

Akak rebus gunakan bekas ni, dah lama beli kat Pasar di Jakarta pada tahun 2007, terperuk dalam kabinet jer.

Rempah Mandi
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih. 
Ambil tiga cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). 
Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehla ditambah dengan air yang baru.Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.

p/s akak bahagikan 3, setiap bahagian boleh guna sehingga 3 hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers