OOO

Selasa, September 08, 2015

Resepi Berpantang : Kerabu Pegaga Dan Daun Selom

Assalammualaikum

Ashik bagi sayur yang sama jer, tentu naik bosan gak kan.  Akak merajinkan diri gi ke pasar cari sayur pegaga dan daun selom nak buat kerabu.

Akak buat tak sukat, buat jer ikut suka.
Oleh sebab yana tak boleh makan pedas, akak tak buh cili api, cuma buh sikit lada hitam.

Bahan-bahan
  • daun pegaga
  • daun selom
  • ikan bilis
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 batang serai-hiris kasar
  • 1 biji  bawang besar hiris
  • sedikit lada hitam
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
1.  Bersihkan daun pegaga biarkan akar, potong 3 dan rendam dengan air garam selama 5 minit.  Toskan.
2.  Bersihkan juga daun selom dan potong 3 pastu toskan.
3.  Tumbuk ikan bilis bersama  garam, serai dan bawang merah.
4.  Campurkan bersama kelapa parut dan tumbuk sedikit barulah di sangai (masak tanpa minyak dalam kuali).
5.  Goreng sekejap sahaja dan sejukkan dulu campuran kelapa tadi.
6.  Bila dah sejuk barulah masukkan daun pegaga, daun selom, bawang besar, sedikit gula  dan jus limau.  Kacau rata.
7.  Masukkan daun pegaga dan daun selom barulah di hidangkan. 

3 ulasan:

  1. sumi kerabu kurang sikit.. kene tgk jenis dn isinya.. hahaha

    ada masa makan.. ada masa pandang jer....

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  2. zaza suka sangat dengan kerabu2 ni.. nyumm2 !!

    BalasPadam
  3. Aduhhhh sedapnyer.. Bernyanyi2 perut pas baca entry ni, haha~

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...