OOO

Isnin, September 21, 2015

Resepi Kuih Tako Pandan Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Masa cucu kena kuning, akak pergilah cari sengkuang cina.  Bukan senang nak cari. bila tanya kat penjual sayur di pasar Salak, dia kata dah habis musim.  Kalau ada pun tak elok.

Akhirnya jumpa di Tesco Nilai, tapi tak berapa elok dan tinggal beberapa paket ajer.

Orang yang buat reno kat rumah akak bagitau baby dia bila admit kat hospital sebab kuning tinggi, mak mertua dia bagi minum air sengkuang cina, alhamdulliah cepat turun bacaan, cuma duk 1 malam ajer kat hospital.


Sayang pulak bila sengkuang cina tu tak di gunakan walaupun harga sebungkus tak sampai RM3.00.
Terfikir pulak nak buat kuih tako yang menggunakan sengkuang cina di lapisan bawah.  Oleh sebab malas nak gi beli daun pandan, akak gunakan ajer acuan plastik yang ada kat rumah.

Akak ambil resepi dari blog Yati, kalau nak tuang lapisan bawah kena buat cepat sebab cepat sangat kental.

Kalau nak senang keluarkan kuih selepas di sejukkan, kena bilas dulu bekas plastik ni yer.
Lapisan Bawah :-
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan-disimpul
  • 4 biji sengkuang cina- kupas kulitnya,cuci dan potong kecil - akak tambah lagi 2 biji
Lapisan Atas
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan masak hingga pekat, dlm 15 minit dan hendaklah sentiasa di kacau. Guna api sederhana je. Keluarkan daun pandan tadi.
  2. Masukkan sengkuang cina yg telah di dadu kecil dan gaul sebati. Matikan api.
  3. Sediakan mangkuk-mangkuk kecil atau pun kelongsong dan tuangkan adunan hijau sehingga setengah atau (akak tuang suku) dalam bekas atau kelongsong pandan.  Ketepikan
  4. Satukan bahan2 utk lapisan atas dan masak hingga pekat, dlm 15 minit juga. 
  5. Adunan hendaklah sentiasa di kacau guna whisk ya. Matikan api.
  6. Tuangkan adunan putih ke atas lapisan hijau hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  7. Simpan tako pandan di dalam peti ais untuk didinginkan.

2 ulasan:

  1. bulan puasa baru ni buat jual...memang sedap kuih ni..

    BalasPadam
  2. Nampak sedap kena share resipi dengan wife boleh wife buatkan hehe. Baru tau pasal nak ubat baby kena kuning pkai sengkuang cina terima kasih kak.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers