OOO

Khamis, September 17, 2015

Restoran Selera Kampung Bintulu

Assalammualaikum semua

Sekali sekali teringat gak kenangan masa kat seberang laut, bukan jauh tapi nak gi tak boleh berenang. Kena naik belon kata orang sana.  Dah lama dah draft cuma tak sempat nak update masa kat Miri.

Restoran ni kamu jumpa secara kebetulan masa jalan nak balik semula ke Miri, tenguk dari luar cam ok jer.

Nasi goreng pattaya, akak suruh Imran makan kenyang kenyang sebab dari Bintulu ke Miri ambil masa 2 jam lebih.  Tak pandai kami nak cari makanan halal sepanjang perjalanan sebab melalui perkampungan orang Iban bila menggunakan jalan pertama sampai Batu Niah.  Masa pergi kami ikut jalan kedua tapi kat situ banyak ladang kelapa sawit.  
Daging masak merah
Masa jalan ikut ladang kelapa sawit, memang payah nak jumpa kedai dan tandas, nasib baiklah kami ok ok jer masa tu, taklah nak ke tandas ajer.
Sup ni masak ala ala thai, kira oklah boleh telan kat restoran ni,  Terletak di sebelah Bank Rakyat Bintulu. tak susah nak cari.

Alamat
No. 21, Ground Floor,
Lot 3307,
Jalan Tun Ahmad Zaidi, 
97000 Bintulu,
Sarawak

1 ulasan:

  1. Masa saya kat Sarawak ni saya tak terfikir pasal restoren halal sbb dok fikir Sarawak ni dlm Malaysia.negara kita. Pastu kawan saya bagitau ada orang Iban yg bukan Islam. Jadi kena tahu mana kedai halal...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...