OOO

Isnin, Oktober 26, 2015

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen

Assalammualaikum semua
Resepi kaswi dulu akak yang akak tepek kat blog kat SINI.  Kali ni akak cuba pula resepi yang lain pula, sajer nak rasa kelainannya..kali ni ambil dari blog Azie
 Bahan bahan: 
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Akak masukkan dalam acuan bentuk bunga, sebab beli jer tak guna tak elok kan.

2 ulasan:

  1. Kalau kat Johor, orang panggil kuih kusoi. Andaikata terjumpa peniaga tepi jalan yang nampak blur bila kita sebut nak beli kuih kusoi berkemungkinan dia asal luar Johor.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers