OOO

Ad

Rabu, Oktober 07, 2015

Petua Hilangkan Kuning Pada Bayi

Assalammualaikum semua

Menurut doktor, penyakit kuning atau jaundis neonatal biasanya menyerang bayi pada minggu pertama kelahirannya.
Ia berlaku apabila kulit bayi menjadi kuning disebab­kan peningkatan aras bilirubin dalam darah.

Ini disebabkan sel hati bayi yang baru lahir ­masih belum matang dan tidak mampu memproses sel darah merah yang pecah dengan cepat.

Ini menyebabkan lebih banyak bilirubin terapung dalam darah dan bayi menjadi kuning.

Namun keadaan itu normal dan selepas lima hari, paras kuning akan menurun dan ‘hilang’ sepenuh­nya selepas seminggu bayi dilahirkan.

Lebihan kandungan bilirubin dalam badan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui pembuangan najis dan air kencing jika ibu menyusukan bayi sekerap yang mungkin.

Bagaimanapun, jika paras kuning itu semakin teruk terutama selepas lima hari bayi dilahirkan atau aras bilirubin mening­kat dengan mendadak pada 
awal ­kelahiran, ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor.

Masa cucu sulung kena ulang alik ke klinik ambil darah, akak tak masih lagi di Miri.  Tapi rasa kesian tetap ada bila menantu dan baby ashik ulang alik ke klinik nak ambik darah.

Bila dah balik sini, dapatlah merasa jaga anak dalam pantang dan gi ulang alik ke klinik nak ambik darah nak tenguk makin turun ataupun makin naik. Bila dah tenguk bayi kuning, Yana pun tak ambik jamu pil dan air periuk.

Punyalah risau bila ke klinik ashik naik ajer bacaannya, hari sabtu kena pulak gi klinik kat Putrajaya..nasib baiklah suami ada, boleh dia tunggu Yana kat klinik sebab akak kena balik rumah nak masak untuk Yana, imran pulak sekolah petang. 

Kalau sampai bacaan 300, bayi kena masuk wad balik dan duklah bawah lampu atau di panggil fototerapi.  

Kalau boleh tak nak masuk wad sebab badan masih lemah dan penat meneran belum hilang lagi, penat tau kalau masuk wad macam akak rasa masa Imran kena kuning dulu.

Bila baby kena kuning, banyak petua yang disyorkan cam anak akak kecik dulu.
1. Titis air susu ibu dalam mata baby.
2. Susu kambing masak masukkan dalam mulut baby-tak di galakkan sebab bayi tak boleh minum susu segar selain dari susu ibu.
3. Mandikan air kuning yang dibeli kat kedai ubat cina.
4. Ibu makan anggur hijau dan titiskan dalam mulut baby.
5. Susukan bayi sekerap mungkin
6. Yang terbaru sengkuang cina parut dan titis ke mulut baby.

7. Bagi bayi susu formula sekali atau pun 2 kali sehari.



Akak amalkan mandi air daun kucai, beri air parutan sengkuang cina, ibu makan anggur hijau dan hitam dan perah sikit kat mulut bayi.

Bagi gak susu formula selama 2 hari, tapi cuma 2 botol ajer.  Alhamdulliah lepas tu bacaan makin menurun.

Rakan-rakan di facebook pun banyak yang memberi petua.  Terima kasih kerana mereka sudi berkongsi petua untuk turunkan kuning.


  1. kalau dulu-dulu orang jemur baby bawah cahaya matahari di waktu pagi. 
  2. Mandikan bayi dengan daun belimbing buluh.
  3. Mak mandikan dengan air teh, mandikan dengan air daun kucai. yang titis-titis ke mulut baby tak disyorkan. mak kena elak dulu makan jamu, benda panas-panas macam lada hitam dan maknya yg kena minum susu kambing.
  4. Carik daun inai  merah dan  mandikan
  5. Daun kucai ramas-ramas bagi keluar air.. mandikan baby...
  6. Kalau ikut petua arab kat sini cuma perlu ambek bawang putih pastu wat cucuk dgn benang n wat rantai dlm 7 butir jer . Pastu boh tepi bantal baby klu dah layu ganti baru. Ni petua orang arab
  7. Bagi baby minum air perahan anggur hitam
  8. Bagi minum serbuk mutiara yang telah di campur dengan air suam dan masukkan dalam botol susu. Serbuk mutiara boleh ddpatkan di kedai ubat cina. Buh lebih kurag 1/4 sudu teh sahaja dalam setengah botol kecil air suam..
  9. Kak ina..beli lampu kalimantang yg baru..letakk kat babycot..biar baby kena sinaran uv dr lampu baru tu..baby kena pakai pampers aje.Kalau lampu dah malap ganti baru.
  10. Ibu yang menyusu jangan makan halia. In fact, normally OBG Akan nasihatkan ibu yang Akan melahirkan anak supaya don't take ginger even before giving birth.
  11. Mandi air rebusan daun cermai. Haritu amalkan dekat Sarah alhamdulillah kuning turun


Kita hanya berusaha, Allah SWT yang menentukannya.


9 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...bagus juga petua ni kak...cucu skg ni pun masih ada kuning lg...tapi dah semakin berkurangan sbb bagi dah bagi air anggur hitam, dah mandi air teh juga...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..
    terima kasih kongsikan petua ni..
    baby dah sebulan & masih kuning..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kesiannya. Banyakkan bersabar dan terus berusaha

      Padam
  3. Ooo, yg takleh makan ginger sebelum bersalin tu baru tahu. Terima kasih kak ina.

    BalasPadam
  4. ramai yg kene kuning ni...petua yg menarik dan berguna..thanks kak :)

    BalasPadam
  5. anak buah SA yang baru ni takde kuning...antara petua yang mommynya amalkan...elakkan kekacang masa pregnant, x makan asam atau jeruk atau mangga muda dan paling penting jangan minum air soya....alhamdulillah langsung takde jaundice

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers