Khamis, Oktober 22, 2015

Salleh Stall Mee Udang Port Weld/Kuala Sepetang

Assalammualaikum semua

Akak dah pernah cuba Mee Udang Mak Jah kat Kuala Sepetang, kali ni nak cuba pula Mee Udang Salleh bila anak menantu ikut ambil Ira kat Tapah.  Dari Tapah ambil masa dekat 1 jam lebih gak aa nak sampai.

Dengar cerita Gerai Mee Udang milik Mak Teh dan Salleh ni adalah gerai mee udang yang mula mula di dirikan di Kuala Sepetang sejak sebelum merdeka iaitu tahun 1956..lama bebeno kan.  Sebab tu gerai asal kalau anda tenguk memang ala ala antik giteww.

Mungkin ada nostalgia kot, sehingga keturunan Salleh ni tak nak merobohkannya, sekarang ni ada tambahan tempat makan kat sebelah gerai ni.
kedai orginal memang lama mungkin nak simpan untuk kenangan kot, tapi sekarang ni di sediakan tempat makan yang baru kat atas tapi tak ada tempat basuh tangan, cuma tisu jer,nasib baiklah ada bawak wet tissue
Gerai Salleh memang terletak kat Pekan Kuala Sepetang yang tak sebesar mana pun, pusing pusing sekejap dah habis lawatan.  Terletak berdekatan dengan jeti pendaratan ikan, tu sebab udang kat sini di katakan sentiasa segar bugar sebab baru naik dari laut.

Harga mee udang saiz XL RM20.00, kalau saiz L RM15.00.

Selain menu utama iaitu mee udang, ada gak menu seperti mee goreng, kuey teow goreng tapi nak minta nasi goreng cam Mak Jah, so sorrylah.   Tapi akak tenguk ada yang order nasi goreng dari medan selera berdekatan.
Mee goreng udang ni berharga RM15.00, kira sedap gaklah.

Yang tak bestnya, sebab tak ada tempat basuh tangan, cuma di sediakan tisu sahaja..akak ni biasa makan udang malas nak guna sudu garpu, lebih suka guna tangan jer. Nasib baiklah ada bawak wet tissu.. Kenalah tuan punya gerai siapkan yer.

3 ulasan:

  1. dua2 tempat ta penah rasa...hehehehe...satu hari insyaAllah sampai

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...mcm sedap jer tu kak...terliur tengok...

    BalasPadam
  3. nampak sedap dan besar udangnya kak ina

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers