OOO

Ad

Rabu, April 03, 2013

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Taiping-Sedap Ker?

Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua pengunjung blog akak.

Dah lama dah dengar pasal mee udang mak jah.  Dalam perjalanan pulang dari utara ke selatan, anak buah ajak kami singgah kat sini sebab nak rasa kesedapan mee udang ini.  Akak ikut ajer sebab kami jarang pi utara sebab tak ada saudara mara belah sana.

Senang ajer nak ke restoran ini cuma mengambil masa dalam 10 ke  15 minit (bergantung pada anda merempit) dari  Simpang, Taiping...jangan risau takut sesat sebab ada papan tanda Mee Udang Mak Jah dalam perjalanan ke situ.
Banyak lagi tempat orang jual mee udang di sepanjang perjalanan ke Kampung Mentari tapi akak tenguk tak ramai yang datang macam kat restoren Mak Jah ni. 
Nasib baiklah orang tak berapa ramai, sekejapan ajer mee udang dah sampai..lagipun bila akak jenguk kat dapur mereka dah siap-siap buh mee dalam mangkuk ..cuma buh kuah dan udang sajer.
Perbezaaan antara mee udang biasa dan mee udang special dari segi saiz udang ajer. Kalau order nasi goreng ker ..semuanya sama.  Puas hati gak tenguk udang besar gedabak ni..adalah dalam 5-6 ekor udang.  

Puaslah gak makan sampai Ira dan Imran tak leh makan..akak yang habiskan..sayang kalau terbuang.  Kuahnya kira oklah..mee pula tak lah banyak mana..tapi kenyang gaklah perut.
Dulu-dulu lagi banyak udang tapi mungkin disebabkan harga barang basah makin naik tak turun-turun terpaksalah mereka kurangkan jumlah udang.  Nak buat camner kan..mereka nak gak dapat untung..kalau berniaga rugi..baik tak yah berniaga.
Senarai harga..lebih kurang sama ajer kan harga setiap menu
nak solat pun senang sebab ada surau kat sebelah .
Ada gak jual cucur udang ranggup ..ala cam akak buat tu..akak beli buat makan-makan dalam keta.  Kuala Sepetang dulu di panggil Port Weld ..tak sempat nak gi tenguk..sebab masa tak mengizinkan.


Mee udang Mak Jah,
Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Taiping
34650 Taiping, Malaysia

Tel No.: 05-8981400/ 012-2931101/ 017-4695026
GPS : N4 50.316 E100 38.025


9 ulasan:

  1. banyak udangnya..besau-besau lagi...

    BalasPadam
  2. balik kg minggu ni nak terjah sini..
    kau membuatkan perut ku keroncongggggg!!!!

    BalasPadam
  3. kalau gi atas sikit, ada kedai nama mee udang port weld..kat situ udangnya lagi besar2 n lagi sedap dari mak jah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. insyallah..nanti kalau lalu taiping leh singgah lak ke situ..terima kasi sudi bagi info

      Padam
  4. me mkn mee udg mak jah kat wangsa maju..rasa biasa2 ajer tp besh sbb udg besar2 :)

    BalasPadam
  5. penah mkn area kuala sepetang,tp bkn mak jah
    pia suka udang

    BalasPadam
  6. Kus semangat kak Ina lihatlah saiz udangnya besar. :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers