Ahad, November 22, 2015

Pengalaman Di Airport Abu Dhabi

Assalammualaikum semua.
Alhamdulliah akak dah selamat sampai di Abu Dhabi pada kira kira 11 malam waktu kat sini, kalau kat Kuala Lumpur pukul 3.00 pagi.  Beza waktu 4 jam.

Takut gak pergi seorang diri, tapi kerana teruja nak jumpa suami terpaksa beranikan diri.  Kali ni akak pergi seorang sahaja, Imran pos ke rumah mak.
     
Bila nak sampai ke imigresen, nak chop passport adalah pempuan arab tutup muka tanya...

Visa...visa
No visa, i from Malaysia.
Ok you scan your eye that way.

Ahh sudah...apa hal pulak ni,
Gabra gak aa akak dibuatnya padahal dah call embassy sebelum berlepas, mereka kata kalau visit tak sampai sebulan tak perlukan visa.

Beraturlah akak sama orang india dan pakistan nasib baik cuma 3 orang ajer ada kat situ.  Bila jumpa officer tu, dia tanya  ada visa tak, akak explain blaaa..blaaa...mereka blurr...Akak nak gelak pun ada. Dalam hati kata...stupid aaa dorang ni.

Muka mereka makin blurr sambil pandang satu sama lain pastu suruh akak gi kat tempat untuk ambik visa gak. Kenalah explain lagi sekali kat orang lain perkara yang sama.

Akhirnya orang kat situ faham dan suruh akak terus gi ke imigresen sambil mulut akak kumat kamit baca apa yang patut.

Alhamdulliah officer yang pakai jubah cuma tanya
First time come here.
Yes..first time

Pas cop  paspot, akak gi ambik beg seketul, turun kewah dan kat pintu luar nampak suami ada..lega rasa hati.

Bila cerita kat hb..dia kata mungkin  mereka ingat akak orang indonesia kot sebab rakyat sana kena ambik walaupun datang sekejap keAbu Dhabi.

Pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab masa tu gabra gaklah dan kalut sebab cuma ada duit malaysia, duit dirham tak ada, kalau nak buat visa bukan mahal pun, cuma agak leceh ajerlah.


12 ulasan:

  1. Pernah sampai ke Air port Dubai beberapa tahun lepas untuk transit ke Lubnan. Cuci mata berada di air port dan kebanyakkan pekerjanya orang luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pukul rata orang luar yang kerja kat sini

      Padam
  2. berani akak pergi sorang2 tapi terpaksa berani la jugak huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak berani memang tak jalan aaa

      Padam
  3. hebat auntie! :D keep it up! nanti boleh singgah Czech hihihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. taklah hebat..nak gi sana jauh lagi aa

      Padam
  4. Salam... pengalaman berharga yg tak boleh dibeli dgn wang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kesuma, pengalaman indah tapi gabra gak dibuatnya

      Padam
  5. Syukurla selamat. Mmg panik nak explain terutamanya kalo kat tempat tu tak ramai yg boleh berbahasa Inggeris.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulliah, memang payah mereka ni, cakap cam ayam dengan itik

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers