Alhamdulliah akak dah selamat sampai di Abu Dhabi pada kira kira 11 malam waktu kat sini, kalau kat Kuala Lumpur pukul 3.00 pagi. Beza waktu 4 jam.
Takut gak pergi seorang diri, tapi kerana teruja nak jumpa suami terpaksa beranikan diri. Kali ni akak pergi seorang sahaja, Imran pos ke rumah mak.
Bila nak sampai ke imigresen, nak chop passport adalah pempuan arab tutup muka tanya...
Visa...visa
No visa, i from Malaysia.
Ok you scan your eye that way.
Ahh sudah...apa hal pulak ni,
Gabra gak aa akak dibuatnya padahal dah call embassy sebelum berlepas, mereka kata kalau visit tak sampai sebulan tak perlukan visa.
Beraturlah akak sama orang india dan pakistan nasib baik cuma 3 orang ajer ada kat situ. Bila jumpa officer tu, dia tanya ada visa tak, akak explain blaaa..blaaa...mereka blurr...Akak nak gelak pun ada. Dalam hati kata...stupid aaa dorang ni.
Muka mereka makin blurr sambil pandang satu sama lain pastu suruh akak gi kat tempat untuk ambik visa gak. Kenalah explain lagi sekali kat orang lain perkara yang sama.
Akhirnya orang kat situ faham dan suruh akak terus gi ke imigresen sambil mulut akak kumat kamit baca apa yang patut.
Alhamdulliah officer yang pakai jubah cuma tanya
First time come here.
Yes..first time
Pas cop paspot, akak gi ambik beg seketul, turun kewah dan kat pintu luar nampak suami ada..lega rasa hati.
Bila cerita kat hb..dia kata mungkin mereka ingat akak orang indonesia kot sebab rakyat sana kena ambik walaupun datang sekejap keAbu Dhabi.
Pernah sampai ke Air port Dubai beberapa tahun lepas untuk transit ke Lubnan. Cuci mata berada di air port dan kebanyakkan pekerjanya orang luar.
BalasPadammemang pukul rata orang luar yang kerja kat sini
Padamberani akak pergi sorang2 tapi terpaksa berani la jugak huu
BalasPadamkalau tak berani memang tak jalan aaa
Padamhebat auntie! :D keep it up! nanti boleh singgah Czech hihihihihi
BalasPadamtaklah hebat..nak gi sana jauh lagi aa
Padamjauh tu akak travel!! cayalah!
BalasPadamdemi nak jumpa kekasih hati
PadamSalam... pengalaman berharga yg tak boleh dibeli dgn wang ni
BalasPadambetul tu kesuma, pengalaman indah tapi gabra gak dibuatnya
PadamSyukurla selamat. Mmg panik nak explain terutamanya kalo kat tempat tu tak ramai yg boleh berbahasa Inggeris.
BalasPadamalhamdulliah, memang payah mereka ni, cakap cam ayam dengan itik
Padam